• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isa Minta Anggota UMNO Sokong Calon PRU Pilihan PM

oleh Ahmad Albab
23/07/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Anggota Parlimen Jempol Tan Sri Mohd Isa Samad meminta anggota UMNO menerima secara terbuka dan memberi sokongan penuh terhadap siapa sahaja yang dipilih sebagai calon pilihan raya umum (PRU) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Bila dah diletakkan calon, jangan persoalkan. Terima saja dan kita terus buat kerja kita bagi memastikan kemenangan BN (Barisan Nasional).

“Bila masyarakat tengok kita bersatu hati, orang yang bukan ahli pun akan tertarik untuk mengundi calon kita,” kata Mohd Isa yang juga Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang ketika ditemui pemberita di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Mukim Pasir Panjang di sini malam tadi.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Pasir Panjang Ramli Aziz berharap pucuk pimpinan parti akan meletakkan calon yang dekat di hati masyarakat setempat untuk bertanding di kawasan Parlimen Teluk Kemang pada PRU ke-14.

“Bila kita buat kajian, turun padang bertemu masyarakat setempat, kita tengok masalah calon antara punca kekalahan BN di PRU yang lepas.

“Bila calon luar yang bertanding, pengundi tak kenal, sebab itu kena letak calon tempatan yang disukai masyarakat dan yang berjasa kepada kawasan Teluk Kemang,” katanya yang ditemui di majlis sama.

Kawasan Parlimen Teluk Kemang kini disandang Datuk Kamarul Baharin Abbas daripada Parti Keadilan Rakyat yang merampas kerusi itu daripada penyandang  Datuk S. Sothinathan pada PRU 2008 sebelum mempertahankannya pada PRU 2013 dengan menewaskan calon BN dan calon Bebas. – BERNAMA

Tags: PRU14Tan Sri Isa Samad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd