Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Pekerja Malaysia Di Singapura...

JOHOR BAHRU - Bekerja dari rumah atau tinggal di tempat yang disediakan oleh...

OSC Untuk Banteras Dadah...

KUCHING - Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Sarawak Datuk...

Dari Bola Sepak, Zaquan...

SUAMI Ayu Raudhah yang juga merupakan bintang bola sepak terkenal, Zaquan Adha kini...

GAMBAR: Najib Tiba Di...

KOTA BHARU - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meninjau...

Geng Samun ‘Myvi Hijau’ Tumpas

JOHOR BAHRU – Polis berjaya menyelesaikan 15 kes samun yang dilaporkan di daerah ini dengan tertangkapnya empat anggota kumpulan samun dikenali ‘Geng Myvi Hijau’ di sini, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Shahurinain Jais berkata penahanan tiga lelaki dan seorang remaja perempuan berusia antara 17 dan 23 tahun itu hasil serbuan ke sebuah restoran di Jalan Mutiara Emas, Mount Austin, di sini, kira-kira 3 pagi.

Polis turut merampas lima telefon bimbit jenama Iphone, dua telefon bimbit jenama Oppo, pelbagai pakaian berjenama, topeng muka, dan sebatang besi berantai.

Geng ini bergerak aktif sejak awal tahun dengan menyasarkan kedai serbaneka yang beroperasi 24 jam selain hotel bajet yang kurang mempunyai pelanggan, katanya dalam sidang media di sini hari ini.

“Dengan memakai topeng, mereka akan mengugut penjaga premis menggunakan kayu dan pisau supaya menyerahkan wang di kaunter, selain mengambil rokok dan barangan berharga mangsa seperti wang dan telefon bimbit.

​​​​​​​“Geng ini juga hanya memerlukan empat minit untuk menyamun sesebuah premis sebelum melarikan diri,” katanya.

Shahurinain berkata berdasarkan hasil siasatan, tiga daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan samun dan ugutan.

Kesemua suspek juga tidak bersekolah dan mengganggur, dan didapati negatif dadah.


Mereka kini ditahan reman sehingga 19 Julai dan disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan (samun berkumpulan) yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Dalam kes lain, Shahurinain memaklumkan pihaknya menahan tiga lelaki berusia antara 24 dan 27 tahun di dua kawasan berasingan di Kulai bermula pukul 4.30 petang pada 14 Julai lalu kerana terlibat mencuri kenderaan.

Katanya modus operandi digunakan adalah menyasarkan kenderaan-kenderaan mewah dan siasatan sedang dilakukan bagi mengenal pasti jumlah sebenar kenderaan yang telah dicuri.

“Sehingga kini mereka hanya mengaku terlibat dengan satu kes, tetapi kita menyeru mana-mana mangsa yang pernah menjadi mangsa kepada kejadian ini untuk tampil membuat pengecaman,“ katanya. – BERNAMA

Kategori