• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fikir Kepentingan, Kata Khairy Jamaluddin

oleh AK-47
04/07/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin meminta agar pasukan negeri dan kelab melepaskan pemain bagi menjalani latihan bersama skuad Bawah 22 (B-22) negara sebagai persiapan menghadapi saingan kelayakan Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 di Bangkok dan Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Khairy berkata beliau sedar dilema yang dihadapi pasukan negeri dan kelab berikutan pada masa yang sama saingan Liga Malaysia (Liga M) turut berlangsung, namun mereka perlu juga memikirkan kepentingan negara.

Beliau berkata Ketua Jurulatih skuad B-22, Datuk Ong Kim Swee hanya mempunyai tempoh kurang dua bulan bagi mempersiapkan pasukan negara menghadapi saingan di Sukan SEA, sekali gus memastikan meraih pingat emas di hadapan penyokong tempatan.

“Ini permintaan daripada saya dan seluruh penyokong bola sepak tempatan. Harapan kita adalah untuk menang pingat emas dalam acara bola sepak pada Sukan SEA.

“Maka saya harap kerjasama dapat diberikan kerana kerjasama itu yang akan menentukan sama ada pasukan Malaysia bersedia sepenuhnya atau tidak (bersaing pada Sukan SEA),” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis pelancaran penjualan tiket Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Bukit Jalil hari ini.

Laporan media sebelum ini, menyebut mengenai kebimbangan Kim Swee untuk membawa skuad terbaik ke Bangkok selepas ada pasukan sudah memaklumkan tidak boleh melepaskan pemain mereka kerana jadual Liga M yang padat.

Difahamkan kira-kira separuh pemain yang dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat bermula 5 Julai, tidak mendapat pelepasan daripada pasukan masing-masing. Berdasarkan perancangan awal, semua pemain yang dipanggil Kim Swee perlu melaporkan diri ke kem latihan pusat bermula esok.

Pusingan kelayakan dijadual berlangsung dari 19 hingga 23 Julai ini, dengan juara dan enam naib juara kumpulan terbaik, akan layak ke pusingan akhir.

Sebanyak 40 negara yang dibahagikan kepada 10 kumpulan bakal bersaing bagi merebut tempat ke pusingan akhir di China, yang dijadual berlangsung pada 9 hingga 17 Feb tahun depan. – BERNAMA

Tags: Khairy Jamaluddin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd