• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buruh Curi Sedozen Pakaian Dalam 2 Gadis Dicekup

oleh
30/07/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BARU-BARU ini seorang lelaki telah ditahan bersama beg yang mengandungi pelbagai jenis pakaian dan seluar dalam wanita di Taman Desa Putra Banggol Tuan Muda, Manir, Kuala Terengganu.

Suspek yang bekerja sebagai buruh itu telah ditahan oleh pihak berkuasa pada tengah hari 12.10 tengah hari Rabu selepas berada dalam keadaan yang agak mencurigakan.

Memetik sumber, pemeriksaan yang dilakukan ke atas lelaki berkenaan yang berusia 28 tahun itu kemudian telah menemui pelbagai jenis pakaian dan seluar dalam wanita.

Terdahulu, suspek yang pernah ditangkap berikutan kes pecah rumah inim kemudian mengaku mencuri pakaian dalam wanita di kawasan perumahan berkenaan pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar mengatakan suspek telah ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri.

Gambar suspek yang ditahan bersama beg penuh dengan pakaian dalam itu telah tular di laman media sebelum ini mengingatkan agar para suri rumah di kawasan kejadian lebih berhati-hati berikutan kes seperti ini.

Suspek yang dikenali sebagai Shum Kok Fai ketika dihadapkan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan curi 15 helai pakaian dalam milik dua wanita.

Bagi pertuduhan pertama, dia  didakwa mencuri 14 helai pakaian dalam wanita milik mangsa berusia 19 tahun di belakang rumah sewa di Taman Desa Putra kira-kira pukul 12 tengah hari.

Kok Fai yang berbadan kurus dan memakai baju lokap berwarna ungu itu turut didakwa mencuri sehelai lagi pakaian dalam milik mangsa berusia 18 tahun di alamat, waktu dan tarikh sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Majistret Abdul Hayyi Salim membenarkan Kok Fai diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin. Mahkamah kemudian menetapkan 3 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes

Hmm…Curi pakaian dalam pun ada? Nak buat apa pakaian dalam itu. Jual balik ke? –  MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura

*Video di bawah sekadar hiasan…

Tags: Mencuriseluar dalamWanita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

2 Doktor Bertugas Di Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Mersing

2 Doktor Bertugas Di Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Mersing

29/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Jabatan Kesihatan Negeri Johor menjelaskan terdapat dua doktor bertugas semasa seorang wanita membawa anaknya untuk mendapatkan rawatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd