PENYANYI antarabangsa, Bruno Mars kembali mengegarkan Kuala Lumpur dengan konsert berskala besar yang bakal diadakan pada 9 Mei tahun depan.
Bruno ‘terbang’ ke KL bakal menjayakan konsert jelajah ’24K Magic World Tour’ yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil yang dulu dikenali sebagai Stadium Putra Bukit Jalil.
Ini merupakan kunjungan kedua Bruno selepas menjayakan persembahan sulung di Malaysia enam tahun lalu.
Tiket konsert Bruno dijangka bakal laris seperti pisang goreng panas memandangkan 1 juta tiket laris terjual dalam masa 24 jam sahaja ketika jualan tiket dibuka untuk konsert di Amerika dan Eropah, baru-baru ini.
Pastinya peminat Bruno di Malaysia sudah tidak sabar-sabar untuk ‘berjuang’ merebut tiket yang hanya akan mula dijual mulai 14 Ogos ini, pada jam 10 pagi.
Tiket yang bermula dari harga RM398 boleh diperolehi menerusi laman www.prworldwidelive.com atau telefon talian hotline (03-7493 3010). – MYNEWSHUB.CC

