Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Mahkamah Keluar Waran Tangkap...

TEGAS... Mahkamah Majistret Petaling Jaya mengeluarkan waran tangkap kepada pelakon, Datuk Farid Kamil...

Al-Jufferi, Nur Ayuni Dinobat...

KUANTAN - Atlet pencak silat, Mohd Al-Jufferi Jamari dan atlet menembak, Nur Ayuni...

Pelajar Ditemui Selepas Bapa...

KUALA LUMPUR - Sejurus selepas laungan azan dan bacaan Yasin seorang bapa di...

Kerajaan Diminta Kaji Semula...

GEORGE TOWN - Sekumpulan pemandu teksi limosin Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP),...

Artis Malaysia, Indonesia Jayakan Konsert Nova

BERSEMPENA sambutan ulang tahun ke-60 hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia, satu konsert berskala besar melibatkan nama-nama besar dalam industri seni bakal menghiburkan penonton menerusi Konsert NOVA yang akan diadakan pada 5 Ogos ini.

Konsert NOVA bakal menampilkan barisan penyanyi popular Malaysia seperti Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir dan Azlan and The Typewriter sementara Indonesia diwakili Judika, Cakra Khan dan Shahrini.

Konsert yang akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam itu menampilkan Aubrey Suwito selaku pengarah muzik dan Reza Mohamed selaku hos konsert.

Konsert NOVA dianjurkan oleh Suasana Enak Sdn Bhd dengan kerjasama Winning Matters Sdn Bhd.


Tiket-tiket berharga dari RM121 hingga RM403 boleh didapati dengan melayari laman web rasmi www.ticketpro.com.my atau hubungi hotline 03-78807999. – MYNEWSHUB.CC

Kategori