Saturday, July 20, 2024

Creating liberating content

Henti Spekulasi Mengenai Ahmad...

KUALA LUMPUR - Semua pihak diminta supaya menghentikan sebarang spekulasi mengenai tindakan Datuk...

Masih Gerun Setelah 6,000...

KUANTAN - Pandangan matanya tajam ke arah ekor pesawat namun, tumpuannya pada waktu...

Kerajaan Melaka Tolak Keras...

MELAKA - Kerajaan Melaka mengesahkan tidak pernah menerima permohonan penganjur bagi melaksanakan Perhimpunan...

Fathia Belum Lagi Layak...

SIAPA tidak kenal dengan pengacara popular, Azwan Ali yang sememangnya tidak pernah sunyi...

5 Individu Dakwa Ditipu Syarikat Skim Pelaburan

IPOH – Lima individu termasuk seorang wanita mendakwa ditipu setelah sebuah syarikat gagal menunaikan janji untuk memberi pulangan berlipat ganda menerusi skim pelaburan yang mereka sertai.

Chin Soo Mee, 47, yang kerugian RM10,000 mengetahui mengenai skim pelaburan tersebut daripada seorang lelaki berusia 41 tahun yang merupakan rakannya dan beliau mula melakukan pelaburan sejak Disember tahun lalu.

Wanita itu yang bekerja di bahagian pentadbiran di sebuah syarikat swasta di sini mendakwa syarikat pelaburan berkenaan menjanjikan kadar pulangan sebanyak 10 peratus daripada jumlah pelaburan sekiranya menyertai skim terbabit.

“Lelaki tersebut yang merupakan ‘upline’ kepada syarikat itu berjanji akan membayar keuntungan sebanyak 10 peratus dan turut berjanji sekiranya pelaburan itu untung atau rugi dia tetap akan memulangkan wang pelaburan saya.

“Namun saya hanya menerima hasil pulangan pelaburan berjumlah RM210 sahaja pada April lepas dan saya telah menghubungi lelaki itu tetapi dia hanya memberi jawapan yang dia tidak tahu menahu apa yang telah terjadi dan tidak mahu bertanggungjawab,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Chin juga ada membuat semakan status pendaftaran perniagaan syarikat berkenaan menerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mendapati alamat syarikat tersebut adalah sebuah rumah kampung di Kepala Batas, Pulau Pinang dan ia telah pun ditutup.

Seorang lagi mangsa, Cheah Su Yen, 52, yang kerugian lebih RM2,000 berkata beliau mengetahui mengenai skim pelaburan tersebut menerusi individu yang telah menipu Chin dan melakukan pelaburan pada Januari lalu sekadar menerima hasil pulangan pelaburan sebanyak RM210 pada Februari.


“Pihak syarikat berjanji akan membayar keuntungan daripada jumlah pelaburan setiap bulan tetapi saya hanya menerima hasil pulangan sekali sahaja dan tidak menerimanya lagi sehingga ke hari ini.

“Saya ada menghubungi syarikat terbabit namun gagal dan saya juga telah membuat laporan polis terhadap syarikat itu dan lelaki terbabit yang berniat jahat dan sengaja menipu kami semua,” katanya.

Lelaki itu berkata terdapat kira-kira 50 orang lagi di negeri ini telah menjadi mangsa penipuan syarikat itu dan kesemua mereka mengalami kerugian lebih RM500,000.

Kesemua mereka telah membuat laporan di Balai Polis Sungai Senam pada Mei lalu selepas menyedari telah ditipu oleh syarikat berkenaan, katanya.

“Kami serahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut ke atas syarikat itu dan lelaki tersebut yang telah menipu ramai orang menerusi skim pelaburan yang sebenarnya tidak pernah wujud,” katanya yang bekerja sebagai jurujual di sini. – BERNAMA

Kategori