Sunday, March 3, 2024

Creating liberating content

Perpaduan, Pembangunan Hadapi Cabaran...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru...

Perlis Lantik 2 Exco...

ARAU - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Empat, Nurulhisham Yaakob dan ADUN...

5 Tahanan Juvana Maut...

LIMA - Lima tahanan di sebuah pusat juvana di Trujillo di utara Peru...

Boleh Rentas Negeri, Daerah...

KUALA LUMPUR - Perjalanan rentas negeri dan daerah dibenarkan sempena sambutan Aidiladha, Jumaat...

Tergoda Skim Pelaburan Di Laman Sosial, Ahli Perniagaan Rugi RM688,300

KUALA TERENGGANU – Gara-gara tergoda dengan skim pelaburan yang ditawarkan di media sosial, seorang ahli perniagaan berputih mata kerana terpaksa menanggung kerugian RM688,300 akibat terjebak dalam penipuan pelaburan tidak wujud.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, mangsa menyedari ditipu apabila tidak berjaya mengeluarkan keuntungan sebanyak RM2 juta sebagaimana dijanjikan setelah pelaburan mencapai tempoh matang pada 24 Januari lalu.

“Selepas tempoh dijanjikan, mangsa ingin mengeluarkan keuntungan tersebut dan telah diminta untuk membuat pembayaran pengeluaran sebanyak 1 peratus daripada jumlah keuntungan.”

“Disebabkan tidak membuat pembayaran seperti diminta, mangsa telah disekat daripada mengakses laman web syarikat pelaburan tersebut,” katanya pada Ahad.

Menurut Mazli, mangsa sebelum itu tertarik untuk menyertai pelaburan yang ditawarkan melalui laman sosial Facebook, dimana syarikat berkenaan mendakwa skim pelaburan itu kononnya disenaraikan dalam Bursa Malaysia.

“Mangsa telah diberikan penerangan pelaburan melalui satu pautan laman web. Melalui laman web itu mangsa boleh membuat transaksi pelaburan dan melihat statistik pergerakan graf Bursa Saham Malaysia.


“Mangsa telah membuat pembayaran sebanyak RM688,300 melalui 19 transaksi ke 12 akaun bank berbeza dengan dijanjikan keuntungan RM2 juta,” katanya.

Dalam pada itu, Mazli menasihatkan masyarakat supaya sentiasa berwaspada dengan sindiket pelaburan tidak wujud serta tidak mudah terpengaruh dengan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan.

“Setakat ini kita menerima sebanyak 136 laporan polis sepanjang tempoh 28 Januari hingga 3 Februari tahun ini berhubung kes penipuan sebegini.

“Daripada jumlah tersebut sebanyak 36 kertas siasatan telah dibuka dengan membabitkan jumlah kerugian sebanyak RM1.095 juta,”katanya.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori