• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid Arah Polis P.Pinang Perangi Judi Habis-habisan

oleh AK-47
14/06/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALIK PULAU – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan polis Pulau Pinang memerangi habis-habisan kegiatan perjudian yang disifatkannya sebagai semakin serius di negeri itu.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut mahu mereka yang terlibat dalam kegiatan itu terutama dalangnya ditangkap dan didakwa di mahkamah.

“Mulai hari ini, saya arahkan ketua polis negeri (banteras judi). Saya tidak mahu lagi ada laporan ‘kingpin’ (dalang) terdiri daripada tauke besar (ada) di Pulau Pinang.

“Jangan khuatir, jangan takut. Kami di Bukit Aman, KDN (Kementerian Dalam Negeri) akan berada di belakang polis (Pulau Pinang) untuk beri sokongan kuat (hapuskan judi),” katanya berucap pada Program Penerapan Nilai-nilai Murni Ramadan Kementerian Dalam Negeri di Masjid Daerah Barat Daya di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar; Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye serta pegawai-pegawai kanan Bukit Aman dan kontinjen negeri.

Hadir sama Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Ahmad Zahid berkata jika kegiatan judi tidak dihapuskan sepenuhnya, beliau khuatir ada sindiket yang akan menggunakan hasil kegiatan mereka untuk membiayai parti-parti politik, terutama semasa pilihan raya umum.

“Ini bukan tuduhan, cuma dikhuatiri (berlaku pembiayaan parti politik),” katanya.

Selain itu katanya beliau juga tidak mahu masyarakat di Pulau Pinang menjadi mangsa berikutan perjudian merupakan masalah paling tinggi di negeri tersebut.

“Saya bersimpati dengan mereka yang menjadi mangsa judi,” katanya.

Sehubungan itu Ahmad Zahid mahu usaha membanteras kegiatan jenayah terutama perjudian dijadikan sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) polis kontinjen Pulau Pinang.

“Setakat ini saya puas hati dengan kerja Datuk Chuah kerana jenayah indeks turun,” katanya.

Menyentuh mengenai politik negeri itu, Naib Presiden UMNO berkenaan berharap satu perubahan besar berlaku pada masa depan.

” …sesuatu yang drastik boleh berlaku jika kita bekerja lebih kuat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiJUDI
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: Zahid Bangga Lihat Semangat Luar Biasa Penyokong BN

PRN Johor: Zahid Bangga Lihat Semangat Luar Biasa Penyokong BN

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melahirkan rasa bangga terhadap komitmen luar biasa...

Presiden Zahid Jumpa Pemimpin UMNO Negeri Sembilan Bincang Strategi PRN

Presiden Zahid Jumpa Pemimpin UMNO Negeri Sembilan Bincang Strategi PRN

28/06/2026
0

SEREMBAN - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengadakan perjumpaan khas bersama seluruh saf kepimpinan UMNO Negeri Sembilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd