Tuesday, April 30, 2024

Creating liberating content

Bomba Tangkap Lembu Terlepas...

SHAH ALAM - Orang ramai di sini dan Subang Jaya hari ini digemparkan...

VIDEO: Aksi Dua Pelajar...

KESONGSANGAN remaja Melayu zaman sekarang ini nampaknya semakin menjadi-jadi.Lihat sahaja di mana-mana media...

Pasar Raya Lapor Polis,...

JOHOR BAHRU - Pasar raya Econsave Cash (amp) Carry Sdn. Bhd. (Econsave) semalam...

Pemandu Mabuk Rempuh Bazar...

BATU PAHAT - Dua parah, manakala dua lagi cedera apabila sebuah pacuan empat...

Wanita Diikat Di Landasan Tren Oleh Bekas Suami

KEJAM. Seorang lelaki telah membunuh bekas isterinya dengan mengikat wanita itu di landasan keretapi dan kemudian dia sendiri melompat di hadapan kereta api yang bergerak dengan kelajuan 200 batu sejam, hingga menyebabkan kematian kedua-duanya.

Pembunuhan dan bunuh diri itu mengejutkan penduduk di utara Perancis. Mangsa dikenali sebagai Émilie Hallouin dan bekas suaminya Guillaume Grémy. Mereka mempunyai empat anak dengan yang bongsu berusia 15 bulan.

Mayat Emilie hancur namun pergelangan dan buku lalinya ditemui terikat pada landasan manakala mayat bekas suaminya pula ditemui beberapa meter dari landasan.

Emilie dibunuh pada hari jadinya yang ke-34.

“Wanita itu diikat dengan menggunakan pita pelekat yang sangat kuat. Bekas suaminya dipercayai mengalami kemurungan yang serius dan terdesak untuk rujuk semula dengan bekas isterinya,’’ kata polis.


Menurut polis, kereta api French TGV itu bergerak terlalu laju hinggakan ia terpaksa mengambil jarak lebih dua batu untuk berhenti. – MYNEWSHUB.CC

Kategori