• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Pelik… Solat Sambil ‘Joget’ Di Indonesia

oleh AK-47
06/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SOLAT adalah tiang agama dan identiti syiar umat Islam. Malah tidak dapat berdiri agama seseorang itu kecuali dengan istiqamah mengerjakan solat.

Nabi Muhammad SAW telah mengajar cara bersolat dengan sempurna, di mana setiap gerak-geri dan rukunnya telah ditentukan.

Pun begitu, kerap kita dengari amalan pelik yang masih dipraktikkan oleh segelintir umat Islam di Indonesia.

Baru-baru ini, tersebar beberapa rakaman video memaparkan Muslimah yang dilihat mengerjakan sembahyang bak ‘berjoget’ sehingga mencetuskan persoalan orang ramai.

Wanita-wanita itu dilihat menggangukkan kepala ke kiri dan kanan beberapa kali ketika sebelum sujud dan ketika selesai takbiratul ihram.

Menurut pengguna Facebook Ummi Mutiara, dia mendakwa perbuatan ‘joget’ ketika bersolat itu dikenal pasti hanya dilakukan oleh Muslimah di kawasan kediamannya.

“Semakin banyak saya jumpai individu yang bersolat seperti ini. Bagi sesiapa yang menjumpai mereka, sila tegur dan soal mereka sejak bila mereka memeluk Islam kerana cara mereka bersolat sangat menyimpang,” tulis Ummi.

Sementara itu, netizen di ruangan komen pula memberikan pelbagai pendapat di mana ada beranggapan Muslimah itu sesat dan tidak kurang juga yang mengatakan wanita itu ada kesukaran akibat berpenyakit. – MYNEWSHUB.CC

Tags: IndonesiaSesatsolat
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lelaki Maut Selepas Terjatuh Dalam Ritual Berjalan Atas Api

Lelaki Maut Selepas Terjatuh Dalam Ritual Berjalan Atas Api

29/06/2026
0

A 28-year-old man has died after falling into a pit of burning embers during a traditional fire-walking ritual held in...

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd