• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tebing Sungai Runtuh Akibat Hujan Lebat Di Hulu Langat

oleh Ahmad Albab
18/06/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hujan lebat yang berpanjangan sejak semalam menyebabkan tebing di sebuah sungai di Batu 13, Kampung sungai Michu Hulu Langat dekat sini runtuh, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Khiruddin Drahman berkata mereka menerima panggilan kecemasan pada 8.46 pagi tadi dan mengarahkan empat anggota dan pegawai bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang ke kawasan kejadian.

“Hasil pemantauan mendapati berlaku kejadian tanah runtuh di tebing sungai dan terdapat sebuah rumah yang terlibat dalam kejadian tersebut kerana jarak rumah mangsa adalah lebih kurang satu meter dari runtuhan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Khiruddin, pihaknya telah menghubungi pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) dan memaklumkan mengenai kejadian tersebut bagi tindakan lanjut.

Sementara itu, pemilik rumah tersebut, Abdul Rahman Abdul Hakim, 32, ketika dihubungi Bernama berkata ketika kejadian, dia sedang bertugas di Kuala Lumpur sebelum menerima panggilan daripada adik perempuannya pada 4.30 pagi memaklumkan tentang kejadian tanah runtuh berkenaan.

“Saya terus bergegas pulang dan mendapati pagar di belakang rumah yang berhampiran tebing sungai itu telah runtuh,” katanya yang bersyukur semua anggota keluarga selamat. – BERNAMA

Tags: hujan lebat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ribut Petir, Hujan Lebat Landa Hampir Seluruh Negara Petang Ini

Ribut Petir, Hujan Lebat Landa Hampir Seluruh Negara Petang Ini

24/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Sepuluh negeri dijangka dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 6 petang ini. Jabatan Meteorologi Malaysia...

Lebih 2,500 Dipindahkan Akibat Hujan Lebat Landa Wilayah Selatan Korea Selatan

Lebih 2,500 Dipindahkan Akibat Hujan Lebat Landa Wilayah Selatan Korea Selatan

04/08/2025
0

SEOUL - Lebih 2,500 penduduk terpaksa dipindahkan selepas hujan lebat semalaman melanda wilayah selatan Korea Selatan, lapor Agensi Berita Yonhap....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd