• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 2,500 Dipindahkan Akibat Hujan Lebat Landa Wilayah Selatan Korea Selatan

oleh Mohd Arshad
04/08/2025
dalam Terkini
0
Lebih 2,500 Dipindahkan Akibat Hujan Lebat Landa Wilayah Selatan Korea Selatan
Share on FacebookShare on Twitter

SEOUL – Lebih 2,500 penduduk terpaksa dipindahkan selepas hujan lebat semalaman melanda wilayah selatan Korea Selatan, lapor Agensi Berita Yonhap.

Menurut Ibu Pejabat Pencegahan Bencana dan Keselamatan Pusat, seramai 2,523 orang mencari perlindungan di enam bandar dan wilayah utama di selatan negara itu – Busan, Gwangju, Chungcheong Selatan, Jeolla Selatan, Gyeongsang Utara dan Gyeongsang Selatan – setakat 4.30 pagi Isnin.

Daripada jumlah itu, seramai 2,498 masih belum pulang ke kediaman masing-masing.

Beberapa kawasan di bahagian selatan negara itu terjejas teruk akibat hujan semalaman, dengan daerah Muan di barat daya menerima taburan hujan sebanyak 289.6 milimeter dari tengah malam Ahad hingga 5 pagi Isnin.

Seorang lelaki berusia 60-an ditemui meninggal dunia di sebatang anak sungai di Muan, namun pihak berkuasa masih menyiasat sama ada kematian itu berkaitan dengan hujan lebat berkenaan.

Ibu pejabat bencana telah menaikkan tahap operasi tindak balas kecemasan kepada Tahap 2 pada 11 malam Ahad susulan hujan berterusan itu.

Pentadbiran Meteorologi Korea meramalkan hujan lebat di seluruh negara pada Isnin, dengan hujan dijangka berterusan di Gyeongsang Selatan dan kawasan berdekatan.

Taburan hujan antara 5 hingga 10 milimeter dijangka melanda Seoul, Incheon dan bahagian barat wilayah Gyeonggi dari Isnin hingga awal pagi Selasa, manakala hujan lebat antara 30 hingga 80 milimeter diramalkan di Busan, Ulsan dan Gyeongsang Selatan, dengan sesetengah kawasan berkemungkinan menerima taburan hujan melebihi lebih 120 milimeter.

Amaran gelombang haba telah ditarik balik di beberapa kawasan susulan hujan lebat, dengan suhu tertinggi dijangka antara 29 hingga 34 darjah Celsius pada Isnin.

-Bernama

Tags: hujan lebatKorea Selatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ribut Petir, Hujan Lebat Landa Hampir Seluruh Negara Petang Ini

Ribut Petir, Hujan Lebat Landa Hampir Seluruh Negara Petang Ini

24/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Sepuluh negeri dijangka dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 6 petang ini. Jabatan Meteorologi Malaysia...

Korea Selatan Lengkapkan Sistem Pemintas Peluru Berpandu Jarak Jauh

Korea Selatan Lengkapkan Sistem Pemintas Peluru Berpandu Jarak Jauh

29/11/2024
0

SEOUL : Korea Selatan hari ini mengumumkan sudah selesai membangunkan sistem pemintas peluru berpandu balistik baharu, menambah satu lagi lapisan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd