• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, December 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ribut Petir, Hujan Lebat Landa Hampir Seluruh Negara Petang Ini

oleh Mohd Arshad
24/10/2025
dalam Terkini
0
Ribut Petir, Hujan Lebat Landa Hampir Seluruh Negara Petang Ini
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Sepuluh negeri dijangka dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan berkata, negeri yang terkesan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Sarawak dan Sabah.

“Di Kelantan, kawasan dijangka terjejas ialah Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang, manakala di Terengganu membabitkan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.

“Di Pahang, kawasan terbabit ialah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Temerloh, manakala di Selangor pula meliputi Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Kuala Langat,” katanya dalam kenyataan, petang ini.

Katanya, ribut petir juga dijangka di Sarawak membabitkan Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang serta di Sabah meliputi kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Tawau, Sandakan dan Kudat.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya.

Dalam pada itu, MetMalaysia memaklumkan amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

BHonline-

Tags: hujan lebatMetMalaysiaRibut Petir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hujan Lebat Berterusan Hingga Sabtu – MetMalaysia

Hujan Lebat Berterusan Hingga Sabtu – MetMalaysia

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Amaran hujan berterusan di seluruh Semenanjung dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang dijangka berlaku hingga Sabtu ini. Menerusi...

Amaran Hujan Tahap Buruk Di 5 Daerah Di Kelantan Mulai Hari Ini – MetMalaysia

Amaran Hujan Tahap Buruk Di 5 Daerah Di Kelantan Mulai Hari Ini – MetMalaysia

22/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk membabitkan lima daerah di Kelantan bermula hari ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd