• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Stesen Minyak SMART Jamin Bekalan Cukup

oleh Ahmad Albab
22/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Syarikat pembekalan minyak petrol dan diesel Smart Stream Resources Sdn Bhd (SSRSB) memberi jaminan bekalan bahan api di semua 64 stesen minyak itu di seluruh negara mencukupi sepanjang musim perayaan.

Pengarah Urusannya Mohd Khairuddin Saimon berkata semua stesen minyak Smart, yang beroperasi di kawasan luar bandar termasuk di tanah rancangan akan beroperasi pada hari pertama Aidilfitri.

“Jika stesen minyak ditutup sekali pun, ia hanya melibatkan tempoh sejam dua semasa umat Islam menunaikan solat raya. Pemilik stesen juga wajib menampal notis memaklumkan penutupan itu untuk pengetahuan pengguna.

“Mereka yang berhasrat untuk menutup stesen lebih daripada waktu itu juga perlu memaklumkan kepada kami di ibu pejabat, namun setakat ini kami tidak akan menerima permohonan itu” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Khairuddin menambah berdasarkan pengalaman lalu, bilangan mereka yang mengisi minyak pada waktu solat raya tidak ramai, membolehkan stesen minyak itu ditutup sementara bagi memberi peluang kepada pemilik dan pekerja untuk turut sama ke masjid.

“Kelazimannya waktu puncak di stesen minyak Smart adalah pada malam sebelum raya dan juga selepas tengah hari raya, iaitu semasa orang ramai mula keluar untuk beraya,” katanya.

SSRSB ditubuhkan pada tahun 2003 dan mendapat kelulusan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi membekalkan minyak di kawasan luar bandar khususnya di kawasan tanah rancangan Felda dan Felcra.

Penubuhannya bagi mengatasi masalah ketiadaan stesen minyak utama di kawasan luar bandar selain atas faktor keselamatan dan mendapatkan bekalan daripada Petron. – BERNAMA

Tags: Aidilfitristesen minyak
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Petronas Jamin Bekalan Bahan Api di Stesen Seluruh Negara Mencukupi Sehingga Jun 2026

Petronas Jamin Bekalan Bahan Api di Stesen Seluruh Negara Mencukupi Sehingga Jun 2026

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Petronas memaklumkan bahawa bekalan bahan api di semua stesen minyaknya di seluruh negara mencukupi sehingga hujung Jun...

Pengusaha Stesen Minyak Pikul Beban Subsidi Diesel?

Pengusaha Stesen Minyak Pikul Beban Subsidi Diesel?

04/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengusaha stesen minyak didakwa terpaksa menanggung beban terhadap skim subsidi bersasar diesel yang diperkenalkan oleh kerajaan. Presiden...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd