• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Ada Tindakan Terhadap ‘Datuk’ Koperasi GLC

oleh AK-47
06/06/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengambil tindakan terhadap empat lelaki, termasuk tiga bergelar “Datuk”, kerana didakwa menyalahgunakan koperasi di bawah tanggungjawab mereka, beberapa hari lagi.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad ketika mengulas laporan mengenai perbuatan menyalahguna kuasa dalam koperasi itu berkata: “Tunggu dalam masa terdekat untuk SPRM ambil tindakan.”

Ditanya sama ada empat lelaki itu akan ditahan atau direman dalam masa beberapa hari lagi, tanpa memberi maklumat terperinci, Dzulkifli menjawab: “InsyaAllah”.

Menurut laporan, lelaki berkenaan, kebanyakan mereka anggota lembaga pengarah sebuah koperasi syarikat berkaitan kerajaan (GLC), didakwa menyalahgunakan kedudukan mereka bukan sahaja untuk memperkenal sistem pemasaran bertingkat (MLM) dalam koperasi itu, tetapi juga secara teknikal memaksa anggotanya menyertai sistem berkenaan.

Menurut laporan, mereka yang memohon pinjaman akan hanya diberi kelulusan sekiranya mereka menyertai MLM itu. Ini akan melibatkan RM6,700 wang mereka dan sebagai pulangan, mereka akan mendapat produk kecantikan yang dikatakan bernilai sebanyak itu.

Dzulkifli menyatakan demikian kepada pemberita selepas mengagihkan bungkusan bubur lambuk di bazaar Ramadan di sini hari ini, bersempena kempen Gerakan Revolusi Anti-Rasuah (Gerah).

SPRM juga mengagihkan makanan itu kepada orang ramai di empat lokasi di Putrajaya, termasuk Ibu Pejabat Polis Putrajaya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya, Hospital Putrajaya dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Dalam perkembangan lain, Dzulkifli menafikan dakwaan bahawa seorang pegawai polis yang ditemukan meninggal dunia dengan kesan tembakan di dahi di Ibu Pejabat Polis Pasir Puteh, mempunyai kaitan dengan SPRM.

“Tiada langsung laporan yang mengaitkan SPRM dengan kes itu,” katanya apabila diminta mengulas mengenai dakwaan tersebut. – BERNAMA

Tags: Datuk Dzulkifli AhmadSPRM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Cuaca Buruk, Tidak Biasa Punca Nahas Helikopter

Next Post

Najib Hargai Setiakawan Perjuangan UMNO

Related Posts

SPRM Mohon Lucut Hak Menara Ilham Minggu Depan – Ketua Pesuruhjaya SPRM

SPRM Mohon Lucut Hak Menara Ilham Minggu Depan – Ketua Pesuruhjaya SPRM

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuat permohonan bagi melucutkan hak bangunan Menara Ilham di Jalan Binjai, di...

Pelbagai Soalan Serius Wujud Mengenai Rancangan SPRM Lucut Hak Aset Daim

Pelbagai Soalan Serius Wujud Mengenai Rancangan SPRM Lucut Hak Aset Daim

29/05/2025
0

PETALING JAYA: Walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kekal 'teguh' dalam usaha untuk melucut hak aset milik bekas Menteri Kewangan,...

Next Post

Najib Hargai Setiakawan Perjuangan UMNO

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd