• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuaca Buruk, Tidak Biasa Punca Nahas Helikopter

oleh AK-47
06/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Punca nahas helikopter Eurocopter AS350 di Batang Lupar, berhampiran Sebuyau, Sarawak pada Mei tahun lepas adalah disebabkan keadaan cuaca buruk dan juruterbang yang tidak biasa dengan kawasan persekitaran, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata perkara itu dikemukakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara dalam laporan akhir nahas helikopter itu, yang akan dimuat naik ke laman web Kementerian Pengangkutan (www.mot.gov.my) dalam masa terdekat.

Liow berkata laporan akhir yang telah dibentangkan di Kabinet pada bulan lepas itu mendapati ketika kemalangan berlaku, helikopter berkenaan telah memasuki kawasan yang mengalami hujan lebat dan ribut.

“Kita buat siasatan dan dapati bahawa helikopter tersebut memasuki kawasan ribut dan ketika itu laporan kaji cuaca daripada Jabatan Meteorologi juga menunjukkan kawasan kemalangan itu adalah kawasan hujan lebat.

Kemalangan tidak melibatkan masalah teknikal sebaliknya cuaca dan juruterbang. Kalau orang biasa dengan laluan tersebut mungkin mereka akan elak tetapi juruterbang itu daripada luar negara dan tidak fasih (biasa) dengan keadaan sini, jadi juruterbang ikut GPS (sistem kedudukan global) dan itu kemungkinan kemalangan berlaku,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas majlis pelancaran Buku Sejarah Penubuhan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman di Setapak di sini, hari ini.

Liow berkata laporan akhir itu turut mengesyorkan mana-mana syarikat, individu atau agensi yang menggunakan juruterbang luar negara perlu melalui kursus khas penerbangan helikopter dalam negara sebelum dibenarkan menerbangkan pesawat.

“Kursus ini bagi juruterbang warga asing biasakan diri dengan suasana, cuaca dan keadaan sekeliling kawasan di negara ini sebelum dibenarkan untuk menerbangkan mana-mana helikopter di negara ini,” katanya.

Pada 5 Mei tahun lepas pesawat malang itu terhempas di Batang Lupar dengan mengorbankan enam penumpang termasuk juruterbang warga Filipina, Kapten Rudolf Rex Ragas, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Noriah Kasnon dan Anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

Menyentuh insiden sebuah pesawat ringan Piper PA28 yang terhempas di Lebuhraya Nusajaya Pulai, Johor, semalam, Liow berkata laporan awal siasatan akan dikeluarkan dalam tempoh sebulan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Liow Tiong Lainahas helikopter
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

06/02/2025
0

Bentong : Siasatan di lokasi kejadian nahas helikopter terhempas dan terbakar di tapak pendaratan di Batu 9, Jalan Lama Kuala...

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

21/05/2024
0

Iran telah memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd