• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selepas Manila, GrabHeli Ditawarkan Di Jakarta

oleh
26/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Bermula daripada motosikal, kini GrabHeli diperkenalkan bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di ibu kota metropolitan Indonesia tersebut selepas Manila, Filipina.

Syarikat yang beribu pejabat di Singapura dan kini beroperasi di rantau Asia Tenggara itu menjalankan percubaan perkhidmatan terbaharunya di Jakarta sebelum dikomersialkan untuk penumpang yang berkemampuan.

Grab menawarkan perkhidmatan helikopter sebagai alternatif kepada kira-kira 10 juta penduduk Jakarta yang sering terperangkap di dalam kesesakan jalan raya yang disifatkan sebagai antara terburuk di dunia.

Ia juga bersempena dengan ulang tahun kelima syarikat itu pada 5 Jun lalu. Dengan hanya menggunakan aplikasi mudah alih, Grab sebelum ini cuma menawarkan perkhidmatan teksi peribadi sama ada kereta atau motosikal.

Pengarah Pemasaran Grab Indonesia, Mediko Azwar berkata, syarikat itu pada masa ini menawarkan perkhidmatan hanya pada hujung minggu dan bersedia memperluaskannya kepada operasi seharian dalam masa terdekat.

“Kami turut mengkaji keperluan orang ramai, memang terdapat eksekutif korporat yang perlu bergerak dari satu tempat ke satu tempat dalam tempoh segera,” kata beliau lagi yang dipetik oleh media tempatan.

Grab buat masa ini mengirimkan makluman dalam aplikasi kepada pengguna terpilih yang mencatatkan jumlah perjalanan terbanyak sepanjang tahun, untuk menerima tawaran perjalanan eksklusif GrabHeli.

Selepas Manila, GrabHeli Ditawarkan Di Jakarta

Selama dua hari iaitu 10 hingga 11 Jun, terdapat lapan penerbangan GrabHeli yang disediakan setiap hari mulai jadual pukul 2.15 petang hingga 5:45 petang waktu tempatan dengan maksimum empat penumpang.

Azwar berkata, setakat ini perkhidmatan GrabHeli masih di peringkat awal dan beliau enggan mendedahkan tambang yang dikenakan kepada setiap pelanggannya yang perlu membuat pengesahan tiga hari lebih awal.

Kesesakan jalan raya yang teruk atau disebut macet di Jakarta sering menyebabkan produktiviti menurun berikutan pelbagai urusan terpaksa dibatalkan termasuk mesyuarat penting dan temujanji dengan pelanggan.

Grab merupakan syarikat pertama menawarkan perkhidmatan teksi helikopter di Jakarta, walaupun pesaingnya dari Amerika Syarikat, Uber sebelum ini berura-ura hendak memperkenalkan perkhidmatan yang sama.

Warga Jakarta yang sangat kaya menyewa helikopter untuk memudahkan bergerak sudah menjadi satu kebiasaan. Grab kini beroperasi di enam buah negara iaitu Singapura, Indonesia, Filipina, Malaysia, Thailand dan Vietnam.

Syarikat  itu menawarkan perkhidmatan meliputi kereta peribadi, motosikal dan teksi serta cukup popular dalam kalangan 600 juta penduduk kelas pertengahan di rantau berkenaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: GrabIndonesiaUber
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd