Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

828 Saman Dalam Operasi...

BUTTERWORTH - Sebanyak 828 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi sempena Hari...

Pelajar Cuba Bunuh Diri...

SRI AMAN - Cubaan seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun untuk membunuh diri...

Dr. Mahathir Tidak Tolak...

KULIM – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menolak kemungkinan...

J/kuasa Khas Bangunkan Semula...

PUTRAJAYA – Satu jawatankuasa khas akan diwujudkan dalam masa terdekat untuk melaksanakan kajian...

“Saya Tidak Akan Jadi Calon PM Harapan” – Anwar

KUALA LUMPUR – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan untuk tidak menawarkan diri sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan pada PRU14.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat untuk Pakatan Harapan memfokuskan kepada pilihan raya umum berbanding bertelagah siapa calon PM.

“Pertikaian sebegini akan memberi mudarat kerana keputusan mutlak terletak di tangan rakyat yang membuat keputusan pada pilihan raya umum nanti,” katanya.

Anwar turut menggesa Pakatan Harapan untuk terus memberi penekanan dan fokus kepada perkara yang lebih penting.

Menurutnya, apa yang perlu diberi perhatian adalah isu seperti polisi negara, ketidaktelusan sistem dan memenangi PRU14.


“Isu lain seperti pertikaian untuk mendapatkan kuasa dan jawatan serta pertikaian dalam Harapan tidak boleh dibiarkan,” ujarnya.

“Bagi memfokuskan kepada kemenangan pada PRU14, saya membuat keputusan untuk tidak menawarkan diri sebagai calon perdana menteri,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=UQ8gt_vt5Bg

Kategori