• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pergeseran Isu Cukai Pelancongan Selesai – Zahid

oleh Ahmad Albab
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pergeseran antara Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dengan kerajaan negeri Sarawak dan Sabah berhubung pelaksanaan Cukai Pelancongan telah selesai, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, perkara itu telah dibincang dan dipersetujui secara bersama oleh pihak yang berkenaan semasa mesyuarat jemaah menteri, semalam.

Katanya dalam mesyuarat itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memutuskan perkara itu diselesaikan dan semua pihak tidak lagi mengeluarkan kenyataan berkenaan isu tersebut.

“Isu ini telah selesai, semua pihak sama ada kerajaan atau pemimpin kerajaan negeri tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan bengkel pembaharuan pendidikan Islam Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (Lepai) di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata beliau secara peribadi telah bertemu dengan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berhubung isu tersebut.

Timbalan Perdana Menteri berkata mereka bersetuju bahawa masalah promosi pelancongan memerlukan dana kerana terdapat negeri kutipan cukainya adalah sedikit manakala ada negeri memungut hasil cukai yang banyak.

Beliau berkata hasil cukai akan diguna pakai untuk promosi pelancongan bukan hanya mengikut negeri tetapi mengikut bidang atau kepentingan sesuatu produk pelancongan.

“Kita juga memutuskan menutup buku isu ini (pergeseran) dan membuka buku baharu,” katanya.

Kerajaan sebelum ini memutuskan pelaksanaan cukai pelancongan yang akan menyaksikan kadar antara RM2.50 dan RM20 untuk penginapan semalam akan dikuatkuasakan bermula 1 Julai depan. – BERNAMA

Tags: cukai pelanconganDatuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Tunggu Rakyat Kembali Kepada UMNO, UMNO Yang Mesti Kembali Kepada Rakyat

Jangan Tunggu Rakyat Kembali Kepada UMNO, UMNO Yang Mesti Kembali Kepada Rakyat

30/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan seluruh kepimpinan dan ahli parti itu supaya tidak...

Pengerusi BN Zahid Kunjungi Keluarga Azeez Rahim

Pengerusi BN Zahid Kunjungi Keluarga Azeez Rahim

28/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengunjungi keluarga bekas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd