• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai SPRM Pula Ditangkap Polis

oleh Ahmad Albab
11/06/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAZIMNYA, media tempatan sering memaparkan anggota atau pegawai polis ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas pelbagai kes korupsi.

Namun kali ini seorang pegawai SPRM dari Unit Risikan ibu pejabatnya sendiri di Putrajaya, berjaya ditahan pihak polis kerana dilaporkan memeras ugut dan meminta wang daripada pegawai polis, semalam.

Menurut sumber yang dipetik media, lelaki yang berusia 37 tahun itu dicekup sepasukan polis di hadapan sebuah restoran nasi kandar di Machang Bubok, Bukit Mertajam, Pulau Pinang kira-kira jam 10 malam Jumaat.

Suspek dikatakan sudah dua tahun melakukan kegiatan kotor itu dengan meminta wang RM3,000 setiap bulan daripada pegawai polis yang kononnya untuk melindungi aktiviti pusat perjudian haram.

“Dalam serbuan itu, polis turut berjaya merampas wang tunai kira-kira RM3,000 daripadanya. Suspek akan direman lanjut bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan,” kata sumber tersebut.

Pada Sabtu, suspek direman tiga hari bagi membantu siasatan kes memeras ugut anggota polis dan perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nurul Rasyidah Mohd. Akit kira-kira pukul 11 pagi. – myMetro Online

Tags: polisSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Semua akaun bank milik Cropmate Berhad dan anak-anak syarikatnya yang sebelum ini dibekukan berhubung siasatan...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd