• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Bakal Pupus Dalam PRU14?

oleh Ahmad Albab
01/07/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sasaran PAS untuk memenangi lima negeri dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sekadar menjadi bahan jenaka Pakatan Harapan.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, fakta sebenar tentang PRU14 adalah sama PAS sekurang-kurangnya dapat mempertahankan Kelantan yang dimenanginya pada tahun 1990.

“Presiden PAS mahu partinya memenangi lima negeri dalam PRU akan datang.

“Ia satu arahan yang sangat tinggi. Sebenarnya bukan sama ada PAS boleh memenangi lima kerajaan negeri, tetapi sama ada PAS boleh mengekalkan kuasa di Kelantan yang dimenangi oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Pakatan Harapan yang merupakan sebuah gabungan parti sekular dan liberal yang diketuai DAP ditubuhkan beberapa tahun lalu bagi menggantikan Pakatan Rakyat.

Anggota parti Pakatan Harapan terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Pakatan Harapan perlu menumbangkan parti terbesar kaum Melayu UMNO dalam PRU14 jika mahu menyerapkan ideologi sekular dan liberal tulen dalam kalangan rakyat dan pentadbiran negara.

Kit Siang seterusnya membayangkan PAS akan tumbang di Kelantan seperti yang dialami oleh parti itu selepas memenangi Terengganu pada tahun 1999.

Kata beliau, PAS sebenarnya memenangi Terengganu disebabkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukan kerana kemampuan parti itu.

Sehubungan itu, beliau turut membayangkan PAS akan ‘pupus’ dalam PRU14 jika tidak melakukan sesuatu.

“PAS tidak akan bertarung untuk menang di Kelantan, Selangor, Terengganu, Pahang dan Kedah, tetapi terpaksa bertarung untuk kelangsungan politiknya,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Lim Kit Siang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kit Siang Teruskan Tindakan Saman, Tuntut Ganti Rugi Terhadap Annuar

Kit Siang Teruskan Tindakan Saman, Tuntut Ganti Rugi Terhadap Annuar

09/07/2023
0

Kuala Lumpur : Veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang memutuskan meneruskan tindakan undang-undang terhadap Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Tan...

Pilih Mahathir, Kesilapan Hussein Onn Paling Besar – Lim

Pilih Mahathir, Kesilapan Hussein Onn Paling Besar – Lim

04/07/2023
0

Kesilapan memilih Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin nombor dua Umno mengubah hala tuju negara, kata pemimpin DAP itu. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd