• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LHDN Laksana Audit Luar, Meja Di Sandakan

oleh Ahmad Albab
13/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melaksanakan audit luar dan meja terhadap 18 syarikat guaman dan arkitek di daerah ini menerusi Operasi Gegar Bersepadu selama dua hari, bermula hari ini.

Pengarah LHDN Cawangan Sandakan Bacho Abdul Karim berkata audit luar dilaksanakan terhadap enam syarikat dengan pegawai audit LHDN pergi ke premis syarikat berkenaan untuk menyemak akaun bagi memastikan laporan pendapatan dihantar kepada LHDN adalah betul.

“Jika pemeriksaan mendapati laporan pendapatan tidak betul, kita akan nasihatkan mereka supaya menghantar laporan yang betul,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Operasi Gegar Bersepadu LHDN Cawangan Sandakan di sini, hari ini.

Seramai 30 pegawai audit terlibat dengan kawasan audit meliputi Bandar Sandakan hingga ke Batu 8 Jalan Labuk.

Menurutnya, audit meja pula membabitkan penghantaran notis kepada 12 syarikat guaman dan arkitek yang dikenal pasti tidak menghantar laporan pendapatan kepada LHDN.

Bacho berkata operasi itu dilaksanakan untuk memastikan pematuhan terhadap percukaian yang berkuatkuasa di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

Katanya menerusi operasi ini, diharapkan akan memberi kesedaran kepada syarikat untuk menghantar laporan pendapatan dengan maklumat yang betul kepada LHDN. – BERNAMA

Tags: LHDN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Permohonan Pengecualian Cukai Kini Wajib Melalui e-Derma Mulai 15 Jun

Permohonan Pengecualian Cukai Kini Wajib Melalui e-Derma Mulai 15 Jun

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mengumumkan pelaksanaan mandatori sistem e-Derma bagi urusan permohonan baharu kelulusan...

Pembayar Cukai Tersalah Tanda? HASiL Sahkan Tak Perlu Pinda Borang, Refund Akan Diproses

Pembayar Cukai Tersalah Tanda? HASiL Sahkan Tak Perlu Pinda Borang, Refund Akan Diproses

18/03/2026
0

CYBERJAYA, 18 Mac 2026 – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mengesahkan bahawa individu yang tersilap menandakan ruangan “Cukai ditanggung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd