• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Tertua Amerika Meninggal Usia 138 Tahun

oleh AK-47
07/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG lelaki dikenali sebagai John Smith dikatakan sebagai manusia paling tua di Amerika Syarikat (AS) apabila meninggal dunia dalam usia 138 tahun pada 1922 setelah lahir pada 1784.

Namun pada zaman yang masih belum ada kemodenan itu, usia lelaki suku Indian tersebut menimbulkan persoalan hingga timbulnya pelbagai kontroversi.

Bagaimanapun, segala kontroversi itu berjaya dijawab dengan keadaan wajah John seperti kulit pokok yang menunjukkan dia memang sudah tua.

Sepanjang kehidupannya, dia gemar memancing, menunggang kuda dan menaiki kereta api selain muncul dalam beberapa gambar bergerak dan menjual poskad.

John Smith mempunyai lapan isteri tetapi tidak mempunyai anak kecuali seorang anak angkat bernama Tom Smith.

Pesuruhjaya Persekutuan Indian, J.Powell membantah umur John Smith yang dikatakan berusia 138 tahun dan menjelaskan keadaan muka berkedut itu disebabkan penyakit serta menjangkakan umur John tidak lebih 88 tahun.

Lelaki Tertua Amerika Meninggal Dunia Di Usia 138 Tahun

Paul yang merupakan individu yang pernah bertemu John berkata, lelaki Indian itu mengaku usianya ‘tujuh atau lapan’, lapan atau sembilan’ dan sepuluh tahun ketika kejadian bintang jatuh.

Bintang jatuh merujuk kepada peristiwa hujan meteor Leonid yang berlaku pada 13 November 1833.

Seorang ahli sejarah tempatan, Carl Zapffe menulis: “tarikh lahir orang Indian abad ke-19 telah secara umumnya ditetapkan oleh kerajaan berhubung dengan pancuran mengagumkan meteor yang dibakar melalui langit AS sebelum subuh pada 13 November 1833, ia menakutkan untuk bangsa bertamadun dan tidak bertamadun.Jelas sekali ia adalah akhir dunia (kiamat).”

Ini sekali gus menjelaskan bahawa umur John tidak lebih daripada 100 tahun sehingga hari kematiannya.

Walaupun usia John diragui, batu nisannya tetap dicatitkan sebagai usia 138 tahun. – MYNEWSHUB.CC

Tags: AmerikaLelaki Tertuasejarah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Hari Pertama Anwar Jadi Ketua Pembangkang Sudah Pimpin Ahli Parlimen ‘Keluar Dewan’ – Rahimi

Hari Pertama Anwar Jadi Ketua Pembangkang Sudah Pimpin Ahli Parlimen ‘Keluar Dewan’ – Rahimi

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman berkata insiden Ahli Parlimen bertindak meninggalkan Dewan Rakyat ketika...

“Saya Tidak Tahu Bagaimana Rakyat Dan Sejarah Akan Menilai Saya” – Aminuddin

“Saya Tidak Tahu Bagaimana Rakyat Dan Sejarah Akan Menilai Saya” – Aminuddin

02/08/2026
0

SEREMBAN - Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, beliau tidak tahu bagaimana rakyat dan sejarah akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd