• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Leher Terjerut Tali Ketika Panjat Pokok Kelapa

oleh Ahmad Albab
18/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENDANG – Bagaikan mati hidup semula, itulah pengalaman yang dirasai oleh Mohd Zulhisyam Zulkifli, 23, apabila berjaya diselamatkan ketika lehernya terjerut tali ketika memanjat pokok kelapa.

Zulhisyam berkata, ini adalah pengalaman yang sangat ngeri buat dirinya dan dia tidak akan pernah melupakan detik tersebut.

“Saya rasa macam diberi peluang kedua untuk hidup dan saya tidak akan lupakan pengalaman ngeri ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kokbah, Pendang, Sabtu.

Katanya, ketika hari kejadian pada Khamis lalu, dia keluar dari rumah pada jam 9 pagi dan diminta rakannya untuk mengambil kelapa untuk meniaga di bazar Ramadan.

“Saya hanya fikir untuk dapat duit saja sebab selalu kalau saya panjat pokok nyoq (kelapa) orang akan upah saya RM20 hingga RM30,” katanya.

Zulhisyam sememangnya sentiasa melakukan kerja kampung seperti memanjat pokok kelapa bagi menampung keperluan dirinya dan ibu memandangkan adik beradik lain bekerja luar.

“Itu kali pertama saya panjat pokok nyoq muda, sebelum ni saya selalu panjat pokok nyoq tua sahaja,” katanya.

Menceritakan detik cemas berkenaan, Zulhisyam berkata dia memanjat pokok berkenaan seperti biasa dengan meletakkan tali di pinggang dan menyangkut di leher.

“Tak sangka pula teknik berkenaan memakan diri saya pada hari tersebut,” katanya dengan nada kesal.

Katanya, setiba di pucuk pokok kelapa, dia mengikat hujung tali pada tandan kelapa dan menggunakan parang untuk mencantas tandan kelapa berkenaan.

“Tapi akibat tersalah teknik, apabila tandan nyoq tersebut nak jatuh dia tarik sekali dengan badan saya menyebabkan tali berkenaan terjerut leher saya.

“Satu tandan ada lebih kurang 25 biji nyoq dan jumlah nyoq tu sudah cukup berat untuk tarik saya supaya jatuh bersama.

“Masa tu saya dah tak ingat apa dah hanya fikir mak dan nyawa saya ja. Saya rasa macam sesak nafas, sebak dan tak ingat apa dah, bila sedar saya dah ada di hospital.

“Mujurlah Allah bagi saya peluang untuk hidup lagi dan saya anggap ini adalah peluang bernilai buat saya,” katanya.

Mengulas berkaitan videonya yang tular dan mengundang pelbagai persepsi sehingga ada yang mengatakan Zulhisyam berniat membunuh diri, katanya, dia telah memaafkan mereka yang berkata demikian.

“Saya dah tengok video tu, tapi tu cuma rakaman pertengahan sahaja dan bukannya rakaman permulaan saya memanjat untuk mengambil buah nyoq tersebut.

“Saya maafkan depa, cumanya selepas ni kalau ada kejadian yang sama macam ni kalau boleh siasat lah dulu. Kesian dekat mangsa dan keluarga mangsa yang tidak bersalah,” katanya. – mStar Online

Tags: kelapangeri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

01/03/2025
0

PADANG BESAR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengimport 650 tan kelapa tua bagi menampung keperluan permintaan menjelang Ramadan dan Aidilfitri...

Polis Rampas 41,000 KG Kelapa Cuba Diseludup Ke Negara Jiran

Polis Rampas 41,000 KG Kelapa Cuba Diseludup Ke Negara Jiran

13/10/2024
0

KOTA BHARU - Polis menumpaskan kegiatan penyeludupan sebanyak 41,000 kilogram (kg) kelapa yang dianggarkan bernilai RM205,000 selepas menahan sebuah treler...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd