• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Disaran Kerjasama Perangi Jenayah Siber

oleh Ahmad Albab
11/06/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan disarankan untuk mengukuhkan kerjasama dengan agensi penguatkuasaan serantau dan global dalam usaha memerangi jenayah siber.

Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye dalam kenyataannya berkata selain mewujudkan rangka kerja undang-undang dengan negara lain, kerjasama itu penting bagi memastikan pesalah jenayah siber diheret ke muka pengadilan.

“Serangan jenayah siber tidak melibatkan sentuhan fizikal dan dalam kebanyakan kes, ia tidak dilakukan dalam negara dan tertakluk di bawah bidang kuasa negara luar.

“Ini menimbulkan masalah serius untuk penguat kuasa tempatan kerana mereka perlu mempunyai kerjasama antarabangsa yang kukuh dalam usaha mengambil tindakan terhadap pelaku,” katanya.

Dalam pada itu, Lee berkata pihaknya berharap undang-undang baharu berkaitan jenayah siber yang bakal dibentangkan kerajaan pada sesi Parlimen akan datang dapat menyelesaikan masalah gangguan siber termasuk buli siber.

Semalam Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata draf Akta Keselamatan Siber yang diserahkan kepada Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali akan diteliti sebelum dibentangkan pada sidang Parlimen akan datang. – BERNAMA

Tags: jenayah siberKerajaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP membantah peningkatan pegangan ekuiti bumiputera kepada 50 peratus bagi pelupusan hartanah bernilai melebihi RM20 juta oleh...

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jeli, Wan Mahussin Wan Zain mendakwa isu kemasukan lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd