• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khadijah & Mariam: Karektor Idola Para Solehah

oleh Ahmad Albab
11/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KHADIJAH Binti Khuwailid dikenang sebagai wanita yang sentiasa dirindui.

Semasa hayatnya, Khadijah usahawan wanita yang berjaya pada zamannya. Ketika Arab jahiliah meletakkan wanita ditahap yang rendah – Khadijah hartawan terbilang. Wanita ini terkenal dengan kebijaksanaan, serta kebangsawannya.

Selain berkarektor usahawan, Khadijah dihormati kerani budi pekerti yang luhur yang menyebabkan dan disegani pendduk Makkah.

Walaupun dikatakan Khadijah yang meminang Nabi Muhammad, tetapi sebagai wanita, Saidatina Khadijah sangat menjaga maruahnya.

Khadijah menyatakan hasratnya kepada sahabatnyanya untuk melamar Nabi Muhammad. Namun, Baginda sendiri yang meminang Khadijah sebagai isteri.

Khadijah isteri mulia, selalu menyenangkan hati suaminya tatkala pelbagai tohmahan yang diterimanya.

Namanya sentiasa disebut-sebut Baginda sehingga pernah menimbulkan rasa cemburu di dalam hati Saidatina Aisyah. Untuk menghilangkan perasaan cemburu itu, Rasulullah bersabda:

“Wahai Aisyah: Demi Allah, tidak ada siapa yang dapat menggantikan Khadijah dan jasanya, pengorbanannya tidak akan dapat ditandingi sesiapapun, ketika tidak ada seorang pun yang beriman kepadaku. Dialah orang yang pertama beriman kepadaku. Dan ketika aku pertama kali didatangi Jibrail, aku kebingungan dan ketakutan. Apakah yang berlaku kepada diriku. Khadijah telah mengembalikan ketenangan dihatiku, memberikan keyakinan bahawa akulah Rasulullah yang ditunggu-tunggu untuk semesta alam.”

Khadijah wanita pertama dicintai Rasulullah dan sehingga Baginda wafat. Cinta Baginda terhadap Khadijah tidak pernah pudar.

Mariam Binti Imran.

Wanita ini digelar gadis yang sentiasa menjaga kehormatan diri.

Mariam antaraa wanita pertama dimasukkan ke syurga.

Dari Aisyah diriwayatkan, bahwa Rasulullah bersabda:

“Pemuka wanita syurga ada empat: Maryam binti Imran, Fatimah binti Rasulullah, Khadijah binti Khuwailid, dan Asiyah.” (HR. Hakim 4853)

Mariam wanita biasa yang dimuliakan Allah dengan ujian yang berat tetapi akhirnya menjadi suatu rahmat.

Ketakwaan kepada Allah amat tinggi sehingga digelar wanita paling mulia di zamannya.

Sentiasa menjaga kehormatan diri, Mariam menjauhi lelaki yang bukan mahramnya dan mengelakkan diri menggoda atau tergoda pada lelaki.

Darjat Mariam lebih tinggi berbanding wanita sezamannya.

Apabila didatangi Jibril yang menyerupai lelaki tampan, Mariam tidak menggelabah. Malah merendahkan dirinya di hadapan lelaki. Malah Mariam meminta perlindungan daripada Allah daripada segala perbuatan keji.

“Maka ia mengadakan tabir (yang melindunginya) dari mereka; lalu Kami mengutus ruh Kami (Jibril) kepadanya, maka ia menjelma di hadapannya (dalam bentuk) manusia yang sempurna. Maryam berkata:

“Sesungguhnya aku berlindung dari padamu kepada Tuhan Yang Maha pemurah, jika kamu seorang yang bertakwa.” (QS. Maryam: 17-18)

Mariam patut menjadi idola wanita zaman ini sebagai seorang yang tabah dan sabar menghadapi dugaan tanpa sebarang kebergantungan terhadap lelaki. Cukuplah Allah untuknya.

#LaskarMalaya

Tags: Wanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd