• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Tubuh Sekretariat Dengan Dana RM10 Juta

oleh AK-47
15/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan hari ini bersetuju menubuhkan sebuah sekretariat dengan dana awalan sebanyak RM10 juta bagi menyelaras dan merancang aktiviti dalam menguruskan pembangunan berkaitan pendidikan Islam antara persekutuan dengan negeri.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika mengumumkan perkara itu berkata Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Islam, Bangi dipilih sebagai pangkalan atau pusat operasi sekretariat yang akan dikendalikan Jabatan Kemajuan Islam Islam Malaysia (Jakim) bersama Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi.

Beliau berkata penubuhan sekretariat dan pemilihan IPG itu adalah kesinambungan daripada tujuh resolusi yang dipersetujui dalam bengkel pembaharuan Pendidikan Islam Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (Lepai) yang berlangsung tiga hari sejak Selasa.

“Saya bagi pihak kerajaan menerima semua tujuh resolusi yang hasilkan dan bagi memastikan ia dilaksanakan, sebuah sekretariat di bawah Jakim akan ditubuhkan bagi merancang dan melaksana resolusi yang diputuskan.

“Kita akan jadikan IPG di Bangi sebagai pusat memperhalusi resolusi, merencana dan melaksanakan program berkaitan dengan dana awalan sebanyak RM10 juta yang disumbangkan oleh beberapa pihak,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan majlis penutupan bengkel pembaharuan Lepai di sini hari ini.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ketua Pengarah Jakim Tan Sri Othman Mustapha.

Selain mewujudkan sekretariat bagi meningkatkan kerjasama antara persekutuan dengan negeri dalam mengurus dan membangun perkara berkaitan pendidikan Islam, enam resolusi lain ialah memperkukuh Lepai sebagai badan penyelarasan dan pengiktirafan induk berkenaan dengan pendidikan Islam dan menambah baik Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) secara menyeluruh.

Bengkel itu turut menggariskan penyelarasan dasar kerajaan berhubung bantuan dan kemudahan kepada Sekolah Mengengah Agama Negeri (SMAN) dan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR), bengkel khas diwujud bagi menyelaras pengiktirafan dan mengawal selia institusi pendidikan pondok serta tahfiz, menubuhkan pusat kecemerlangan bahasa Arab dan mewujudkan tabung dana pendidikan Islam di bawah Lepai menerusi kerjasama strategik antara kerajaan, negeri, badan berkanun, swasta dan individu.

Timbalan perdana menteri berkata beliau yakin resolusi itu telah diberi perincian terbaik oleh cendekiawan yang terlibat di dalam bengkel sebelum beliau dan menteri terlibat mempersembahkannya kepada pengetahuan Majlis Raja-Raja.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid juga menawarkan diri untuk mempengerusikan sekretariat tersebut dan mengadakan mesyuarat setiap enam bulan sekali bagi melihat perkembangan pelaksanaan resolusi selain mencari jalan menyelesaikan sebarang masalah yang timbul dalam melaksanakannya.

Terdahulu ketika berucap, beliau menyarankan program KAFA dijadikan sebagai program wajib kepada semua murid sekolah rendah.

“Sebagai kelas bermulanya pendedahan ilmu agama kepada anak-anak Islam di seluruh negara, KAFA mesti diperkasakan dengan penambahbaikan tertentu, bukan lagi sekadar program pengukuhan kepada subjek Pendidikan Islam dalam kurikulum kebangsaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd