Friday, March 1, 2024

Creating liberating content

Bade Tidak Tahu Erma...

KETIDAKHADIRAN pengarah filem tersohor, Badaruddin Azme di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor, semalam...

Tidak Hormat Punca Pelajar...

Kuala Lumpur : Seramai 10 pelajar senior sebuah kolej vokasional yang direman sebelum...

DAP Diarah Turunkan Poster...

KUCHING : DAP diarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menurunkan poster kempen pilihan raya...

Azmin Puji Kit Siang...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyambut baik kenyataan Pengerusi DAP, Lim...

Jorge Glas Beri Amaran Cubaan Rampasan Kuasa

QUITO – Naib Presiden Ecuador, Jorge Glas, memberi amaran tentang kemungkinan berlakunya rampasan kuasa berikutan tindakan sesetengah pihak cuba mengaitkan beliau dengan kesalahan rasuah serta merosakkan reputasi beliau.

Dalam satu temubual dengan stesen radio Ciudadana, Glas menegaskan beliau tidak terlibat dan ‘bersih’ daripada tuduhan yang dikaitkan dengannya.

Beliau turut mendakwa syarikat pembinaan Brazil, Odebrecht yang kini disiasat berhubung skandal rasuah, jelas cuba mengheret pentadbiran kerajaan dalam siasatan tersebut.

Jelas Glas, dia dituduh menyebabkan kerugian kira-kira US$400 juta kepada Odebrecht.

Ia melibatkan beberapa projek yang ditarik balik daripada syarikat pembinaan itu, bayaran sebanyak US$100 juta yang disekat, kontrak yang diberikan kepada syarikat itu bernilai sehingga US$200 juta namun tidak ditandatangani, katanya ketika menyebut beberapa alasan yang menyebabkan dia diseret dalam skandal berkaitan konglomerat pembinaan dari Brazil itu.


Glas juga menawarkan untuk menjelaskan kedudukan sebenar berhubung perkara itu kepada Parlimen, namun beliau tidak dipanggil kerana tidak ada bukti terhadapnya.

Mengulas lanjut, Glas berkata beliau bersedia untuk disiasat secara menyeluruh walaupun tahu ia bukan satu pengalaman yang menyenangkan. – BERNAMA-NNN-PRENSA LATINA

Kategori