Sample Page Title

BEIJING – Media sosial di China kecoh dengan khabar angin tentang kemungkinan rampasan kuasa telah berlaku di Beijing, kira-kira seminggu selepas dua bekas menteri dihukum atas kesalahan rasuah yang disifatkan sebagai keputusan paling kontroversi dalam sejarah negara itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beberapa rakaman video yang menjadi tular di Twitter turut mendakwa Presiden Xi Jinping kini diletakkan di bawah tahanan rumah setelah pergerakan tentera yang tidak pernah berlaku sebelum ini dilihat menuju ke kediaman pemimpin tersebut di ibu kota, namun tiada sebarang pengesahan rasmi dibuat.

Ketika ini, sejumlah pengguna media sosial di China mendakwa kudeta sedang berlaku dan ketua tentera, Jeneral Li Qiaoming bakal dilantik sebagai Presiden baharu.

“Kenderaan milik Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) menuju ke #Beijing pada 22 September lalu bermula dari daerah Huanlai berhampiran Beijing ke bandar Zhangjiakou, wilayah Hebei melibatkan keseluruhan konvoi sejauh 80 kilometer.

“Selain itu, terdapat khabar angin #XiJinping diletakkan di bawah tahanan rumah setelah pegawai kanan #CCP (Parti Komunis China) menyingkirkan beliau sebagai pemimpin PLA,” ujar pengguna Twitter yang menggunakan nama akaun Jennifer Zeng.


Sementara itu, seorang lagi pengguna media sosial yang menggunakan nama akaun Steve Smith turut mengiyakan khabar angin itu.

“Sesuatu yang ‘besar’ sedang berlaku di China, mungkin rampasan kuasa. Ribuan penerbangan telah dibatalkan dan berlaku pergerakan tentera berskala besar,” katanya.

The Epoch Times memetik data Flight Master melaporkan sebanyak 9,583 penerbangan domestik telah dibatalkan pada 21 September lalu yang melibatkan 59.66 peratus jumlah jadual pada hari tersebut.

Selain itu, laporan itu juga menyebut tentang pembatalan lebih 50 peratus di beberapa hab pengangkutan udara Beijing. – Agensi

-Sinar Harian

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Dutch Lady Henti Pengeluaran Serbuk Susu Tepung Di Malaysia

KUALA LUMPUR: Dutch Lady Milk Industries Bhd (DLMI) hari ini mengumumkan pengoptimuman operasi pengeluaran...

Bekalan Telur Masih Kurang Di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Bekalan telur, khususnya gred A masih tidak mencukupi di beberapa kawasan di...

Empangan Hidroelektrik TNB Sedia Laksana Fungsi Elak Bencana Musim Tengkujuh

KUALA LUMPUR: Skim empangan hidrolektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) iaitu Skim Hidroelektrik Kenyir, Skim...

Ribut Petir, Hujan Lebat Di 10 Negeri Sehingga Jam 9 Malam Ini

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (METMalaysia) sebentar tadi mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan...

Banjir Kilat Di Putrajaya

PUTRAJAYA: Hujan lebat hampir satu jam petang ini menyebabkan beberapa kawasan dan laluan di...

Audit Cukai Mendidik Pembayar Cukai

Audit siasatan merupakan salah satu elemen yang terkandung dalam operasi Lembaga Hasil Dalam Negeri...

Penceramah Bebas Punyai 3 Isteri Berdepan Hukuman Jel 190 Tahun

KLANG – Seorang penceramah bebas berdepan hukuman penjara 190 tahun selepas didakwa di Mahkamah...