• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jorge Glas Beri Amaran Cubaan Rampasan Kuasa

oleh AK-47
16/06/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

QUITO – Naib Presiden Ecuador, Jorge Glas, memberi amaran tentang kemungkinan berlakunya rampasan kuasa berikutan tindakan sesetengah pihak cuba mengaitkan beliau dengan kesalahan rasuah serta merosakkan reputasi beliau.

Dalam satu temubual dengan stesen radio Ciudadana, Glas menegaskan beliau tidak terlibat dan ‘bersih’ daripada tuduhan yang dikaitkan dengannya.

Beliau turut mendakwa syarikat pembinaan Brazil, Odebrecht yang kini disiasat berhubung skandal rasuah, jelas cuba mengheret pentadbiran kerajaan dalam siasatan tersebut.

Jelas Glas, dia dituduh menyebabkan kerugian kira-kira US$400 juta kepada Odebrecht.

Ia melibatkan beberapa projek yang ditarik balik daripada syarikat pembinaan itu, bayaran sebanyak US$100 juta yang disekat, kontrak yang diberikan kepada syarikat itu bernilai sehingga US$200 juta namun tidak ditandatangani, katanya ketika menyebut beberapa alasan yang menyebabkan dia diseret dalam skandal berkaitan konglomerat pembinaan dari Brazil itu.

Glas juga menawarkan untuk menjelaskan kedudukan sebenar berhubung perkara itu kepada Parlimen, namun beliau tidak dipanggil kerana tidak ada bukti terhadapnya.

Mengulas lanjut, Glas berkata beliau bersedia untuk disiasat secara menyeluruh walaupun tahu ia bukan satu pengalaman yang menyenangkan. – BERNAMA-NNN-PRENSA LATINA

Tags: Jorge Glasrampasan kuasa
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Wanita Cedera Parah Ditetak Tiga Perompak

Next Post

Pesawat Hawk 108 Hilang: Dua Juruterbang Maut

Related Posts

Rampasan Kuasa Di Gabon: Rakyat Malaysia Dilaporkan Selamat

Rampasan Kuasa Di Gabon: Rakyat Malaysia Dilaporkan Selamat

30/08/2023
0

Kuala Lumpur : Rakyat Malaysia yang berada di Gabon dilaporkan dalam keadaan selamat susulan rampasan kuasa pihak tentera di negara...

Rampasan Kuasa Di China?

Rampasan Kuasa Di China?

25/09/2022
0

BEIJING - Media sosial di China kecoh dengan khabar angin tentang kemungkinan rampasan kuasa telah berlaku di Beijing, kira-kira seminggu...

Next Post

Pesawat Hawk 108 Hilang: Dua Juruterbang Maut

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd