Monday, March 4, 2024

Creating liberating content

JPN Cawangan RTC Gopeng...

IPOH - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Cawangan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng...

Najib Dibawa Naiki Kenderaan...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ditahan oleh Suruhanjaya...

Lembaga Tabung Haji Sedia...

BALING - Lembaga Tabung Haji (TH) sentiasa bersedia dengan sebarang proses naik taraf...

Isteri Sanggup Risik, Minang...

MADU sememangnya manis. Namun, madu dalam istilah kehidupan rumah tangga memberi kesan pahit...

Isu Video Mati Pucuk: Zara Zya Mahu Pupuk Kesedaran

MUNGKIN rakyat Malaysia masih lagi malu-malu menceritakan isu kesihatan organ seksual secara terbuka meskipun tiada kesedaran yang meluas tentangnya.

Oleh itu, apabila seseorang memperkatakan hal tersebut di khalayak ramai, tambahan pula apabila dia seorang perempuan, sudah tentu makin hebat individu berkenaan dikecam.

Itulah yang terjadi kepada pelakon Zara Zya apabila dikritik hebat kerana merakamkan video kempen kesedaran awam mengenai masalah kesihatan lelaki seperti mati pucuk dan kanser prostat.

Ini kerana, ada yang beranggapan Zara tidak sesuai menjadi jurucakap tentang penyakit seperti itu kerana statusnya sebagai wanita namun pada Zara, dia memandangnya pada sudut yang berbeza.

“Apabila menerima tawaran untuk merakamkan video itu, saya rasakan tiada masalah untuk saya lakukannya. Perkara ini menjadi satu peringatan dan memberikan kesedaran yang baik.

“Saya berharap orang ramai mempunyai fikiran yang terbuka kerana ini adalah realiti yang terjadi di zaman kini.

“Tugas saya hanyalah sebagai artis yang mempunyai pengaruh di laman sosial dan saya menjadi orang tengah untuk memberikan nasihat dan kesedaran.

Baca: Salah Ke Zara Zya Bercakap Pasal Mati Pucuk?

“Saya akui ada yang kurang senang dan memberikan kecaman. Saya tak buat salah jadi saya tidak risau dengan kecaman.


“Perkara ini bukan sahaja untuk orang ramai di luar sana tetapi untuk diri saya sendiri supaya saya saling mengingati ahli keluarga terdekat.

“Masalah mati pucuk dan kanser prostat memang terjadi dan semakin membimbangkan. Ramai yang menderita sakit kerana kanser.

“Dan saya berharap orang ramai mengambil perkara ini menerusi sudut pandang positif,” kata Zara dengan panjang-lebar.

Video anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia itu bertujuan memupuk kesedaran masyarakat mengenai penting memahami dan mengetahui punca serta cara mengatasi masalah kesihatan lelaki seperti kanser prostat, kanser testikular dan mati pucuk yang bunuh jutaan orang saban tahun.

Jadi, di mana salahnya? Inilah orang kita, bila sentuh soal organ lelaki saja terus fikiran itu ke arah negatif. – MYNEWSHUB.CC

Kategori