• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Indonesia-Google Selesai Pertikaian Hutang Cukai

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Selepas beberapa bulan berlakunya bertikaian, akhirnya Indonesia mencapai persetujuan dengan pemilik Google, Alphabet Inc berhubung dakwaan gergasi enjin carian internet itu membayar cukai tahunan tidak mencukupi kepada negara berkenaan.

Perkara itu disahkan Menteri Kewangan, Sri Mulyani Indrawati selepas pertemuan antara kedua pihak pada Selasa.

Seorang pegawai kanan percukaian berkata pada September tahun lalu, Indonesia merancang untuk menyaman Google bagi mendapatkan semula cukai tertunggak selama lima tahun.

Enjin carian internet itu perlu membayar lebih AS$400 juta (RM1.7 bilion) untuk 2015 sahaja jika ia didapati mengelak cukai.

“Kami sudah mencapai persetujuan dengan mereka (Google) berdasarkan 2016. Namun, kami tidak dapat mendedahkan jumlah bayaran yang dipersetujui,” kata Sri Mulyani kepada pemberita.

Setakat ini, masih tidak dapat dipastikan sama ada kedua-dua belah pihak masih berbalah mengenai bayaran cukai untuk tahun-tahun sebelumnya.

Indonesia berusaha meningkatkan kutipan cukainya untuk mengurangkan defisit belanjawan dan membiayai program infrastruktur negara itu.

Menurut pegawai percukaian Indonesia, sebahagian besar pendapatan Google di negara itu disalurkan ke ibu pejabat enjin carian internet berkenaan bagi rantau Asia Pasifik di Singapura.

Mereka juga menganggarkan pendapatan keseluruhan industri pengiklanan di Indonesia adalah sekitar AS$830 juta (RM3.5 bilion), manakala Google dan Facebook Inc menyumbang 70 peratus daripada jumlah tersebut.

Google bagaimanapun merujuk kepada kajian bersama oleh syarikat itu dan firma pelaburan Singapura, Temasek bahawa saiz pasaran iklan digital Indonesia untuk tahun 2015 adalah berjumlah AS$300 juta (RM1.2 bilion). – Reuters/BH ONLINE

Tags: googleIndonesia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Ambil Kesempatan Kaitkan JCorp Dengan Kebakaran Hutan Indonesia

Jangan Ambil Kesempatan Kaitkan JCorp Dengan Kebakaran Hutan Indonesia

29/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan dakwaan yang mengaitkan Johor Corporation (JCorp) dengan kejadian kebakaran...

Kementerian Haji Indonesia Gesa 70,000 Jemaah Umrah Elak Penerbangan Transit Di Malaysia Dan Singapura

Kementerian Haji Indonesia Gesa 70,000 Jemaah Umrah Elak Penerbangan Transit Di Malaysia Dan Singapura

27/10/2026
0

Oleh Mynewshub Agensi pelancongan umrah diminta mengutamakan penerbangan terus menerusi Garuda Indonesia dan Lion Air bagi mengelakkan aliran keluar ekonomi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd