• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DPPM: AMGGRC Ada Unsur Agenda Israel, Kristian

oleh AK-47
07/06/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Penganjuran All Malaysia-Golden Gate Revival Convocation (AMGGRC) di sini disifatkan sebagai ancaman keharmonian agama dan keluhuran perlembagaan serta kedaulatan Malaysia.

Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka (DPPM), Ahmad Bilal Rahudin berkata, AMGGRC jelas mengandungi unsur doktrin gerakan Kristian untuk menakluk dan membangun Malaysia sebagai pemangkin Kristian.

Ia secara terang-terangan bermatlamat dengan menjadikan acara di Calvari Live Assembly Chinese itu sebagai “Revival Catalyst Nations Golden Gate” kepada agama tersebut sendiri.

“Malah, ia melibatkan kecenderungan kepada agenda dan pembangunan Israel yang dimaklumi adalah negara haram dan negara pengganas dunia, serta langsung tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia.

“Selain itu, program ini melibatkan penggunaan, pergerakan, pertemuan dan dana terbuka yang boleh disifatkan mempengaruhi awam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu ujar Ahmad Bilal, program terbabit yang bakal diadakan pada pertengahan Jun ini boleh ditafsirkan sebagai cubaan mencabar dan menentang Perlembagaan Negara serta Yang Di-Pertuan Agong.

“Ia juga boleh menimbulkan gugatan atas ketenteraman awam dan kedaulatan negara khususnya melibatkan sentimen agama. Sehubungan itu, kami memohon siasatan polis.

“Ini berasaskan prinsip dan pemeliharaan undang-undang ke atas seluruh penganjuran, perancangan dan rangkaiannya termasuk penglibatan tokoh-tokoh terbabit,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=qGsv8kNVgNg

Tags: AMGGRCbantahendoktrinPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kenyataan Malaysia Aman Tanpa DAP Sangat Berbahaya, “Malaysia Aman Tanpa Ceramah Politik Pas” – Mahfuz

Kenyataan Malaysia Aman Tanpa DAP Sangat Berbahaya, “Malaysia Aman Tanpa Ceramah Politik Pas” – Mahfuz

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kenyataan 'Malaysia aman tanpa DAP' sangat berbahaya....

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd