Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Ibu Bapa Akan Dimaklum...

PUTRAJAYA - "Ibu bapa akan dimaklumkan sehari lebih awal sekiranya arahan penutupan sekolah...

PAFA Tamatkan Kontrak Pengurus...

IPOH - Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) menamatkan kontrak pengurus pasukan The Bos...

Belia Perlu Tingkat Minat...

PETALING JAYA - Golongan belia perlu meningkatkan minat terhadap ekonomi digital agar dapat...

Rakan Artis, Peminat Segan...

PENGHIJRAHAN selebriti-selebriti tempatan baik lelaki mahupun wanita ke arah yang lebih baik merupakan...

Beruntunglah Petronas ‘Bayau’ Duit Raya

KUALA LUMPUR – Anak syarikat Petronas, Malaysian Refining Company Sdn. Bhd. (MRC) yang beroperasi di Melaka mengumumkan pemberian bantuan hari raya bernilai RM184,000 kepada golongan kurang berkemampuan di Tangga Batu, Sungai Udang dan Merlimau di sini hari ini.

Sumbangan melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat berkenaan tersebut bertujuan membantu mereka yang kurang bernasib baik di kawasan operasi MRC membuat persiapan bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri

“Penerima sumbangan ini terdiri daripada 180 keluarga dan 320 pelajar dari 16 sekolah. Setiap daripada mereka menerima wang tunai RM250 dan hamper makanan.

“Dari jumlah keseluruhan sumbangan ini, Badan Kebajikan Islam PETRONAS (BAKIP) menyumbang sebanyak RM90,000, manakala baki bernilai RM94,000 merupakan bantuan daripada kakitangan,” kata MRC dalam satu kenyataan hari ini.

Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif MRC, Hashim Majid dalam satu majlis hari ini melepaskan konvoi kakitangan sukarelawan MRC bagi mengagihkan bantuan kepada penerima, di ibu pejabat MRC di sini.

Seramai 200 sukarelawan MRC berkunjung dari rumah ke rumah serta sekolah di kawasan terlibat untuk mengagihkan sumbangan serta beramah mesra dengan penerima.


“MRC sentiasa menggalakkan kakitangannya untuk menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan dengan meluangkan masa dan tenaga kepada masyarakat, terutamanya di bulan yang mulia seperti bulan Ramadan ini.

“Kami berharap, sumbangan ini dapat meringankan beban mereka bagi meraikan sambutan hari raya sekali gus mengeratkan silaturahim di antara Petronas dan masyarakat di sekitar kawasan operasi kami,” kata Hashim.

Selain bantuan hari raya, Petronas juga menjalankan aktiviti-aktiviti CSR lain yang menitikberatkan kepada pendidikan, alam sekitar dan kesejahteraan masyarakat. – MYNEWSHUB.CC

Kategori