• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekalan Kelapa Mencukupi Sempena Aidilfitri

oleh Ahmad Albab
18/06/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menjangkakan bekalan kelapa di seluruh negara mencukupi meskipun ada dakwaan daripada pengusaha bahawa harga santan akan dinaikkan menjelang Hari Raya Aidilfitri berikutan kekurangan bekalan.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata kerajaan telah melakukan pelbagai pendekatan terutama mengimport bekalan kelapa dari Indonesia dan Filipina untuk memastikan ia mencukupi.

Katanya jika berlaku juga permintaan secara mendadak di pasaran, kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengimport lebih banyak bekalan kelapa dari kedua-dua negara berkenaan.

Bercakap kepada pemberita di Bangunan UMNO Perak di sini, hari ini, beliau berkata setakat ini tiada masalah berkaitan bekalan kelapa dan harga santan di pasaran juga masih terkawal iaitu sekitar RM7 hingga RM8 sekilogram.

“Setakat ini, kita tak dengar dan terima laporan daripada mana-mana pihak yang mengatakan harga santan akan naik. Kalau ada pun, itu mungkin hanya agakan daripada segelintir pengusaha,” katanya.

Semalam, tinjauan Bernama di Pasar Awam Tanjung Rambutan mendapati rata-rata pengusaha santan tidak menolak bakal menaikkan harga barangan itu disebabkan kemungkinan kekurangan bekalan kelapa.

Peniaga berkenaan berpendapat permintaan tinggi di musim perayaan mungkin menjadi faktor yang menyebabkan bekalan tersebut berkurangan. – BERNAMA

Tags: kelapa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

01/03/2025
0

PADANG BESAR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengimport 650 tan kelapa tua bagi menampung keperluan permintaan menjelang Ramadan dan Aidilfitri...

Polis Rampas 41,000 KG Kelapa Cuba Diseludup Ke Negara Jiran

Polis Rampas 41,000 KG Kelapa Cuba Diseludup Ke Negara Jiran

13/10/2024
0

KOTA BHARU - Polis menumpaskan kegiatan penyeludupan sebanyak 41,000 kilogram (kg) kelapa yang dianggarkan bernilai RM205,000 selepas menahan sebuah treler...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd