• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar, Mahathir Calon PM Pakatan Harapan

oleh AK-47
09/06/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Salahuddin Ayub memaklumkan parti itu tidak meletakkan isu calon Perdana Menteri dalam kalangan pimpinan PAN sebagai satu keutamaan.

Kata beliau, keutamaan PAN adalah untuk menjadi penyumbang terbaik bagi mendapatkan sokongan dan mandat rakyat kepada Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“PAN mengambil peranan untuk memastikan segala kepercayaan dan keputusan yang ditugaskan kepada PAN oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan atau Sekretariat Pakatan Harapan dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

“PAN bercita-cita menjadi “critical political actors” yang kritikal bagi menggapai hasrat rakyat untuk mengecapi kesejahteraan hidup dengan membina kecermerlangan Pakatan Harapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pakatan Harapan merupakan sebuah gabungan parti pembangkang yang dibarisi DAP, PKR dan PAN – Pakatan Harapan turut menjalin kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)

Kenyataan Salahuddin juga seolah-olah mengesahkan dakwaan penyokong PAS bahawa PAN yang mendakwa sebuah parti Islam sebenarnya khadam kepada parti sekular dan liberal PKR serta DAP yang bercita-cita untuk menukar sistem pentadbiran negara ini.

Dakwaan itu diperkuatkan lagi dengan kenyataan Salahuddin iaitu PAN memperakui tokoh-tokoh tersohor dan berpengalaman seperti bekas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dakwa Salahuddin , kedua-dua individu itu amat berkelayakan untuk menggalas tugas sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan memerintah negara dalam PRU akan datang.

“PAN akan terus memberikan segala komitmen dan kesetiaan pada maufakat politik dalam Pakatan Harapan. Insya’ Allah,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Seri Anwar Ibrahimpakatan harapanSalahuddin Ayub
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Hubungi Perdana Menteri Norway, Bantah Keputusan Batal Eksport Sistem Peluru Berpandu NSM

PMX Anwar Hubungi Perdana Menteri Norway, Bantah Keputusan Batal Eksport Sistem Peluru Berpandu NSM

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan bantahan keras Malaysia terhadap keputusan unilateral Norway membatalkan lesen eksport...

Bekas Menteri Pendidikan Maszlee Nafi Calon MB Pakatan Harapan Johor

Bekas Menteri Pendidikan Maszlee Nafi Calon MB Pakatan Harapan Johor

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Maszlee Malik menafikan beliau merupakan calon Menteri Besar Johor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd