• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Polis Wanita Korban Demi Tugas Dihargai

oleh AK-47
05/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Walaupun patah kaki, bertongkat serta berkerusi roda akibat kemalangan jalan raya, dua anggota polis wanita masih tetap gigih menjalankan tugas mereka.

Hasil daripada kegigihan yang diperlihatkan mereka, kedua-duanya masing-maing dianugerah pangkat Asisten Superintenden Polis (ASP) dan Sarjan.

Mereka adalah antara 213 anggota polis yang hari ini menerima pangkat daripada Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd.

“Saya bersyukur kerana ketua polis Johor dan ketua-ketua jabatan IPD sangat memberi sokongan dan bantuan dari segi moral yang banyak dan turut memberi semangat kepada saya untuk hadir ke majlis penerimaan pangkat hari ini,” kata ASP Nik Samsuriah Daud, 39, dari IPK Johor yang kini berkerusi roda dan masih dalam cuti sakit.

Beliau mengalami kemalangan ketika dalam perjalanan pulang dari Bukit Aman pada Januari lalu.

Siti Beram Jumin, 57, pula gembira kerana menerima pangkat Sarjan selepas 34 tahun berkhidmat sebagai anggota polis.ggota

Beliau yang kini bertugas di IPD Tangkak berkata ia merupakan satu pengiktirafan kepadanya terutama setelah melalui pelbagai pengalaman sebagai anggota polis.

Siti Beram kini terpaksa bergantung dengan tongkat sepenuhnya setelah mengalami kemalangan jalan raya ketika pulang dari bertugas pada tahun 2014 yang menyebabkan lima bahagian anggota badannya patah.

Menurut Wan Ahmad Najmuddin Mohd, jumlah kenaikan pangkat pada majlis itu melibatkan 23 orang Pegawai Kanan Polis berpangkat Inspektor dan seramai 190 orang yang berpangkat Lans Koperal .

Beliau berkata kenaikan pangkat bukan hanya pada kenaikan gred dan gaji semata-mata, tetapi jika dilihat dari aspek yang lebih penting, ia bermaksud bertambahnya tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul sebagai seorang pemimpin dalam kalangan pasukan. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kaunter Bantuan Kasih Johor Ditambah, Waris Boleh Ambilkan Bantuan – Onn Hafiz

Kaunter Bantuan Kasih Johor Ditambah, Waris Boleh Ambilkan Bantuan – Onn Hafiz

28/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri akan melaksanakan beberapa langkah penambahbaikan dalam proses penyerahan Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa Keempat bagi...

DAPSY Saran PMX Bubar Parlimen Segera, PH Berpotensi Menang

DAPSY Saran PMX Bubar Parlimen Segera, PH Berpotensi Menang

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) menyeru Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membubarkan Parlimen supaya Pilihan Raya Umum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd