• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Akan Ada 10 Penalti Setiap Perlawanan” – TMJ

oleh Ahmad Albab
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – “Jika itu dikira sebagai penalti, maka akan ada 10 penalti dalam setiap perlawanan,” kata pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Kata baginda, itu pandangan yang dikemukakan individu lain kepadanya berhubung tindakan pengadil perlawanan suku akhir kedua Piala AFC 2017 malam tadi memberi sepakan penalti kepada pasukan Ceres Negros.

Tunku Ismail bagaimanapun berharap penyokong JDT tetap bertenang dengan perkara itu kerana perlawanan berkenaan telah pun tamat.

“Dia cakap tadi jika itu penalti bermakna dalam setiap perlawanan akan ada 10 penalti. Perlawanan sudah tamat maka bertenang.

“Macam kita (JDT) tak pernah menang piala dah 24 tahun. Baru tahun lepas. Penyokong lain pula cakap banyak. Pernah menang atau masuk separuh akhir Piala AFC? Diam sajalah,” katanya dalam satu rakaman video malam tadi.

JDT gagal mara ke peringkat seterusnya dalam kejohanan Piala AFC musim ini selepas tewas kepada Ceres Negros dari Filipina apabila pengadil perlawanan memberi sepakan penalti kepada pasukan lawan pada minit terakhir perlawanan.

Keputusan pengadil itu menimbulkan kontroversi dan dipertikai ramai pihak termasuk pengulas perlawanan berkenaan yang menyifatkan ia satu keputusan yang tidak tepat.

Perkara itu turut menyebabkan penjaga gol Farizal Marlias bertindak menolak pengadil perlawanan di atas padang selepas dikenakan kad merah kerana memprotes keputusan tersebut.

Mengulas lanjut, Tunku Ismail meminta penyokong JDT supaya ‘mental tidak koyak’ kerana dikutuk penyokong pasukan lain dalam negara disebabkan kekalahan itu.

“Kepada penyokong semua mental jangan cepat ‘koyak’. Baru kena ejek mental dah ‘koyak’. Inj kena ejek beberapa tahun ‘tak lut’. Terus kekal bersama pasukan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: JDTTMJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Lancar JDT+, Dokumentari ‘Untamed’ Bakal Bersiaran 22 Oktober

JDT Lancar JDT+, Dokumentari ‘Untamed’ Bakal Bersiaran 22 Oktober

22/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Kelab Bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melancarkan JDT+, sebuah platform kandungan premium khusus untuk membawa penyokong...

JDT Terus Dominan, Kemenangan Besar Demi Kemenangan

JDT Terus Dominan, Kemenangan Besar Demi Kemenangan

21/09/2026
0

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) bukan sekadar menang sejak sepak mula Liga Malaysia musim 2026/2027, malah sebahagian besar kemenangan dicatat dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd