• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

48 Kes Tangkapan Ular Dicatat 5 Bulan Pertama

oleh Ahmad Albab
01/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN DATUK – Sebanyak 48 laporan membabitkan kes tangkapan ular diterima Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) daerah Bagan Datuk sepanjang Januari hingga Mei ini.

Pegawai APM Bagan Datuk Leftenan Mohd Zaidi Ahmad berkata ia menunjukkan penurunan lima kes berbanding tempoh sama tahun lepas, iaitu 43 kes.

“April merekodkan tangkapan ular tertinggi iaitu 15 kes, manakala hingga penghujung Mei, 10 kes direkodkan termasuk tiga tangkapan ular sawa berukuran tiga hingga lima meter selama tiga hari berturut-turut pada 20, 21 dan 22 Mei.

“Kebanyakan kes tangkapan kita buat di kawasan kediaman kampung yang bersemak. Ular tedung hitam, ular senduk dan ular rusuk kerbau adalah paling banyak ditangkap,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Selain itu, bagi Januari dan Februari, masing-masing mencatatkan tujuh kes tangkapan ular dan sembilan kes pada Mac.

“Kita percaya, April kes tangkapan ular paling banyak kerana faktor cuaca yang sering hujan. Ular akan mencari tempat perlindungan di kawasan perumahan kerana habitatnya ditenggelami air,” katanya.

Mohd Zaidi berkata, kesedaran orang ramai mengenai tugas APM dalam membantu menangkap ular di persekitaran mereka turut mempengaruhi peningkatan laporan kes sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Sehubungan itu beliau menasihati orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga dengan menutup semua lubang yang mungkin memberi ruang kepada ular masuk ke dalam rumah.

Beliau berkata selain membersihkan semak-samun di sekeliling rumah, orang ramai juga diingatkan tidak sesekali mengambil tindakan merisikokan diri dan anggota keluarga jika terjumpa haiwan itu di dalam rumah. – BERNAMA

Tags: APMular
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Setiap Kali Harga Diesel Naik 80 Sen Tak Lebih Tak Kurang, Eh, Biar Betul…” – Ka Siong

‘Setiap Kali Harga Diesel Naik 80 Sen Tak Lebih Tak Kurang, Eh, Biar Betul…” – Ka Siong

26/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menyifatkan kenaikan harga diesel sebanyak tiga kali pada...

Penyamaran Hampir Sempurna: Awas ‘Ular Kapak’ Di Laluan Hutan

Penyamaran Hampir Sempurna: Awas ‘Ular Kapak’ Di Laluan Hutan

03/02/2026
0

Aktiviti mendaki bukit atau merentas hutan sememangnya memberi ketenangan dan kepuasan tersendiri. Namun, di sebalik keindahan alam, terdapat risiko yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd