• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid Nafi Penahanan 3 Warga Turki Arahan Kerajaan Turki

oleh Ahmad Albab
17/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menafikan penahanan tiga warga Turki minggu lepas, adalah atas arahan kerajaan negara berkenaan.

Beliau berkata penahanan tersebut dilakukan setelah menerima maklumat daripada Pusat Serantau Digital Bagi Memintas Mesej Melalui Komunikasi (CMC) berhubung penglibatan mereka.

“Tiga warga Turki terbabit merupakan anggota pertubuhan yang telah diwartakan haram di negara mereka, dan penahanan mereka tidak dibuat atas arahan daripada mana-mana pihak.

“Jika badan hak asasi manusia ingin membantu mereka, boleh berhubung terus dengan kerajaan Turki,” katanya kepada pemberita pada Majlis Makan Malam Kenangan Persatuan Pegawai Kanan Polis Pencen Malaysia (RESPA) 2017 di sini malam ini.

Semalam, sebuah portal tempatan melaporkan Stockholm Centre of Freedom (SCF) mendakwa kononnya Malaysia menjalankan ‘kerja-kerja kotor’ Presiden Turki, Reccep Erdogan ekoran tindakan mengusir tiga rakyat Turki dari Kuala Lumpur.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid ketika diminta mengulas mengenai dakwaan terdapat kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah, beliau berkata pihak berkuasa masih belum menemui sebarang bukti berhubung dakwaan berkenaan.

“Kita sudah membuat pemeriksaan tetapi setakat ini belum jumpa lagi apa-apa yang boleh dikaitkan, jadi tiada bukti laporan itu tepat,” katanya.

Semalam dilaporkan seorang pekerja ladang berusia 52 tahun membuat laporan polis selepas terserempak lima lelaki bersenjata di ladang Sawit Blok 8, Felda Sahabat 2, Cenderawasih dekat Lahad Datu ketika membersihkan kebun sawit.

Lima lelaki bersenjata itu juga dikatakan sempat memberitahu pekerja ladang tersebut bahawa 37 orang telah mendarat di pantai dan tujuan mereka datang adalah untuk menyelamatkan penduduk di Sabah. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd