• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Untunglah….Jadi Jutawan Dalam Masa Semalaman

oleh Ahmad Albab
08/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

UNTUNGLAH…Hanya dalam masa semalaman, Lynsi Snyder, menjadi jutawan selepas menerima 97 peratus saham dalam rangkaian makanan segera In-N-Out Burger setelah dia menyambut hari jadi yang ke 35.

Ini menjadikan Lynsi sebagai orang kaya dengan nilai harta dianggarkan sebanyak RM5.6 bilion dan ia merupakan bahagian akhir daripada harta yang diwarisi kepadanya.

Lynsi merupakan cucu kepada Harry dan Esther Snyder, yang merupakan pengasas kepada In-N-Out Burger di California

Dia terpaksa menunggu untuk mendapat semua saham terbabit sehingga Jumaat lepas, iaitu pada hari jadinya. Sebelum ini, Lynsi mewarisi pegangan saham sebanyak 50 peratus ketika berusia 30 tahun dan baki saham itu diberikan selepas usianya mencecah 35 tahun.

Pada 2010, dia dilantik sebagai presiden syarikat terbabit selepas empat tahun kematian neneknya, Esther. Sejak mengambil alih syarikat itu, In-N-Out telah meluaskan operasi sebanyak 30 peratus.

Kini, restoran makanan segera itu mempunyai lebih 320 cawangan di California, Texasm Oregon, Arizona, Nevada dan Utah.

Namun kekayaan yang dimiliki Lynsi itu turut membawa kepada sejarah hitam dalam hidupnya apabila berdepan dengan masalah bapanya, Guy Snyder yang ketagih dadah dan kegagalan perkahwinannya selepas berkahwin pada usia 18 tahun.

Gui, menjadi presiden syarikat berkenaan pada 1993 namun keluar masuk pusat pemulihan dadah sejak Lynsi berusia lima tahun. Bapanya juga mempunyai hubungan sulit hingga menyebabkan ibu bapanya berpisah ketika dia berusia 12 tahun.

Guy meninggal dunia pada 1999 akibat pengambilan dadah berlebihan ketika Lynsi berusia 17 tahun. Lynsi sendiri berkahwin sebanyak empat kali dan bercerai sebanyak tiga kali. – MYNEWSHUB.CC

Tags: jutawanWanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memperketatkan kawalan keselamatan sedia ada berikutan insiden seorang wanita menyamar sebagai...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd