• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tudia, Selamba Dukung Anjing Beli Nasi Kandar…

oleh AK-47
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Tindakan seorang wanita yang mendukung seekor anjing ketika berada di sebuah medan selera di sini disifatkan sebagai tidak menghormati sensitiviti umat Islam.

Gambar wanita terbabit dipercayai dirakamkan oleh seorang pelanggan yang secara kebetulan berada di medan selera tersebut di Batu Lancang, Pulau Pinang pada minggu lalu.

Difahamkan, ia bukan merupakan kejadian kali pertama ekoran insiden yang sama pernah juga dilaporkan berlaku pada awal tahun ini.

Tudia, Selamba Dukung Anjing Beli Nasi Kandar...

Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Sandye Ruisian dalam entrinya menulis wanita tersebut tidak sepatutnya membawa anjing di kawasan tempat terbuka lebih-lebih lagi di kawasan restoran.

“Cik, awak sememangnya seorang yang tiada otak, bulu anjing amat mudah jatuh dan awak boleh jamin ia tak jatuh dalam makanan?

“Saya juga mempunyai anjing, namun tidaklah tergamak hendak membawa ke tempat orang menjamu selera,” tulisnya.

Seorang lagi pengguna Facebook, Talib Abdullah berkata pekerja kedai terbabit juga harus lebih bertanggungjawab demi memastikan makanan yang dijualnya tidak dicemari dengan bulu haiwan berkenaan.

“Pekerja tu pun kenalah tegas sikit lebih-lebih lagi dekat dengan tempat hidang makanan, amoi ni pun satu hal, takda akai ka?” katanya.

Manakala Norzie My berkata; “Tak kira la binatang apa ko nak bawa pun even kucing, please la, masuk kedai makanan tak payah la nak heret sekali, kena faham la jangan ikup sesedap rasa je.”

Apa-apa pun, rata-rata rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama sepatutnya tahu bahawa anjing merupakan haiwan yang dilarang di dalam Islam. – MYNEWSHUB.CC

Tags: anjingisu anjingsensitiviti agama
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pengurusan Premis Mohon Maaf Pelanggan Bawa Anjing Dalam Troli

Pengurusan Premis Mohon Maaf Pelanggan Bawa Anjing Dalam Troli

05/08/2026
0

TELUK INTAN - Sebuah premis perniagaan di sini terpaksa ditutup sementara hari ini gara-gara perbuatan seorang pelanggan membawa seekor anjing...

Aksi Wanita Melayu Peluk, Belai Anjing Ketika Sesi Temu Bual Cetus Polemik

Aksi Wanita Melayu Peluk, Belai Anjing Ketika Sesi Temu Bual Cetus Polemik

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Satu rakaman video memaparkan seorang wanita Melayu bertudung memeluk sambil membelai seekor anjing ketika di temu bual...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd