• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Lancar Gerah Perangi Rasuah Bersama Rakyat

oleh AK-47
08/05/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) bagi mencetus perubahan agresif dan drastik dalam kalangan masyarakat Malaysia dengan meletakkan rasuah sebagai musuh nombor satu negara.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata kempen revolusi sosial itu akan dilaksanakan pada Isnin pertama setiap bulan, dengan 2,000 tenaga kerja SPRM akan turun padang bertemu rakyat untuk memerangi jenayah rasuah dan salah guna kuasa.

“SPRM bermatlamat agar dapat melahirkan masyarakat yang benci serta memandang jijik kepada rasuah, salah guna kuasa dan juga terhadap pelaku rasuah. Ini bukan satu revolusi politik.

“Kita juga mahu masyarakat berani menolak perbuatan kutuk itu dan mengatakan tidak. Ini adalah impian kita dalam masa tiga tahun untuk melihat mereka bangun dan menolak rasuah,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Gerah di sini hari ini.

Beliau berkata 2,000 anggota dan pegawai SPRM akan ke lokasi terpilih termasuk lapangan terbang dan stesen keretapi untuk menyampaikan mesej benci pada rasuah dan salah guna kuasa, serta melaporkan kejadian jenayah itu kepada SPRM.

Dzulkifli berkata, beliau menyeru syarikat terlibat dalam urusan perniagaan untuk tampil dan melaporkan kegiatan rasuah dan salah guna kuasa kepada SPRM, agar tindakan tegas boleh diambil dan dikenakan terhadap mereka yang terlibat.

“Ramai bercakap bahawa di sana sini berlaku permintaan rasuah. Tetapi syarikat-syarikat jarang tampil ke hadapan. Mereka perlu memainkan peranan kerana kerja-kerja banteras rasuah dan salah guna kuasa bukan hanya terletak pada bahu SPRM, tetapi semua pihak.

“Kita mahu rakyat tahu bahawa SPRM adalah rakan dan keluarga anda. Anda boleh bergantung kepada kami. Oleh itu, anda perlu berani untuk mengatakan tidak,” katanya.

Selain Gerah, beliau berkata SRPM juga akan secara selari melancarkan satu lagi kempen yang dinamakan 3J – ‘Jangan Hulur, Jangan Kawtim, Jangan Settle’, yang akan disebar luas oleh SPRM dengan kerjasama erat bersama agensi media.

Katanya, kempen itu bertujuan untuk menyampaikan mesej kesedaran terhadap rakyat agar mereka jangan sesekali terlibat dalam perbuatan rasuah dan salah guna kuasa, melalui cara penerimaan mahupun pemberian rasuah.

Kempen 3J dilancarkan di pejabat Kumpulan Media The Star, Akhbar Sin Chew Jit Poh dan Akhbar Tamil Nanban hari ini. – BERNAMA

Tags: Datuk Dzulkifli AhmadrasuahSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd