• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skim Perkeso Tawar Pelbagai Faedah Pemandu Teksi

oleh Ahmad Albab
23/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemandu teksi di seluruh negara diminta menyertai Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri bagi mendapatkan perlindungan keselamatan sosial yang disediakan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata skim itu, yang akan berkuat kuasa pada 1 Jun, terbuka kepada pemandu teksi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) dan Lembaga Kenderaan Perdagangan (LPKP) bagi Sabah dan Sarawak.

“Skim ini juga disediakan kepada pemandu perkhidmatan Uber dan Grab dan mana-mana pihak yang menjalankan perkhidmatan teksi,” katanya pada sidang media mengenai skim berkenaan di sini, hari ini.

Beliau berkata skim itu diperkenalkan susulan cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2012 supaya ia diperluaskan kepada pemandu teksi yang bekerja sendiri.

“Dalam pembentangan Belanjawan 2017 pada Oktober tahun lepas, perdana menteri telah mengumumkan geran kewangan khas kerajaan sebanyak RM60 juta untuk memulakan pelaksanaan skim itu.

“Skim ini menyediakan faedah wang tunai kepada pemandu teksi dan tanggungannya sekiranya berlaku kejadian di luar jangkaan seperti kemalangan serta menyediakan rawatan perubatan, pemulihan jasmani atau latihan vokasional,” katanya.

Skim berkenaan turut menawarkan faedah perubatan, faedah hilang upaya sementara, faedah hilang upaya kekal, faedah orang tanggungan, faedah pengurusan mayat, faedah pinjaman pendidikan dengan pemandu teksi perlu membayar kadar caruman sebanyak 1.25 peratus daripada pendapatan bulanan yang diinsurans.

“Bayaran caruman itu wajib dibayar secara prabayar bagi tempoh perlindungan selama 12 bulan dan ia hendaklah diperbaharui bagi kesinambungan tempoh perlindungan tersebut.

“Justeru itu, Perkeso menyediakan bayaran caruman fleksibel kepada pemandu teksi mengikut kemampuan mereka dari kadar caruman hanya RM157.20 setahun atau kadar caruman sebanyak RM592.80 setahun,” kata Mohammed Azman.

Mengikut Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 yang diluluskan Dewan Rakyat pada April lepas, setiap pemandu teksi dan penyedia perkhidmatan e-hailing seperti Uber dan Grab wajib mencarum 1.25 peratus daripada pendapatan bulanan mereka pada setiap bulan.

Pendaftaran boleh dilakukan menerusi dalam talian menerusi www.perkeso.gov.my atau mendaftar di mana-mana pejabat cawangan Perkeso di seluruh negara, orang ramai juga boleh menghubungi Perkeso di talian 1-300-22-800 untuk maklumat lanjut mengenai skim itu. – BERNAMA

Tags: PerkesoTeksi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

25/08/2025
0

SHAH ALAM - Perluasan perlindungan sosial seperti akses kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), caruman skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO),...

PERKESO Jenama Semula 4 Skim Sebagai LINDUNG

PERKESO Jenama Semula 4 Skim Sebagai LINDUNG

22/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) hari ini menjenamakan semula empat skim di bawahnya yang dikenali sebagai LINDUNG dalam langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd