• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Reman Pegawai Kanan ZPP Disambung 4 Hari

oleh Ahmad Albab
15/05/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Mahkamah Majistret di sini menyambung reman pegawai kanan Zakat Pulau Pinang (ZPP) selama empat hari lagi sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan penyelewengan wang zakat negeri.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Mohamad Amin Shahul Hamid yang membenarkan permohonan yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang.

Beliau juga memerintahkan reman seorang lagi pegawai kanan ZPP dilanjutkan.

Kedua-dua pegawai itu tiba di kompleks mahkamah dengan berpakaian lokap SPRM berwarna jingga kira-kira 2.20 petang tadi dan dilihat keluar dari bangunan itu pada 3.15 petang.

Pegawai kanan berusia dalam lingkungan 50-an itu direman bersama-sama 11 individu lain sejak 9 Mei lepas.

Terdahulu pada pagi ini, tiga kontraktor yang turut ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan sama dibebaskan dengan jaminan SPRM masing-masing dengan RM5,000.

Sabtu lepas, SPRM membebaskan enam individu iaitu empat kontraktor dengan jaminan RM5,000 setiap seorang dan dua pegawai ZPP masing-masing dengan jaminan RM10,000 yang turut sama ditahan bagi membantu siasatan .

Semalam, SPRM membebaskan seorang lagi kontraktor dengan jaminan RM5,000. – BERNAMA

Tags: Kes Rasuahreman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Reman Semula Pendakwah, Ketua Jabatan Kewangan Disyaki Seleweng Dana RM1.3 Juta

SPRM Reman Semula Pendakwah, Ketua Jabatan Kewangan Disyaki Seleweng Dana RM1.3 Juta

06/02/2026
0

ALOR SETAR: Seorang pendakwah bebas sekali lagi direman bersama seorang Ketua Jabatan Kewangan dan Perakaunan sebuah institusi pusat pendidikan dan...

33 Penyokong Selangor FC Direman Disyaki Ganggu Ketenteraman Awam

33 Penyokong Selangor FC Direman Disyaki Ganggu Ketenteraman Awam

02/02/2026
0

KUALA TERENGGANU – Seramai 33 penyokong Selangor FC dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Isnin bagi proses permohonan reman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd