• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Perlis Lancar Aplikasi Pintar i-Islam Perlis

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan melancarkan aplikasi ‘i-ISLAM PERLIS’ sempena program Perkampungan Sunnah Siri Keempat di Masjid Alwi di sini, yang berakhir semalam.

Turut berkenan berangkat pada majlis itu ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Yang Dipertua MAIPs.

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man dan Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin juga menghadiri majlis itu.

Aplikasi itu dibangunkan Jabatan Mufti Perlis, Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) dan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

MAIPs dalam kenyataannya hari ini berkata antara kelebihan aplikasi berkenaan adalah dapat membantu mengetahui lokasi dan mencari maklumat ilmiah yang berkaitan Islam di negeri ini.

Menerusi aplikasi i-ISLAM PERLIS, orang ramai boleh mencari lokasi masjid dan aktiviti yang dianjurkan di sekitar Perlis selain mendapatkan waktu solat serta mengetahui informasi tentang agensi berkaitan.

Aplikasi itu, yang boleh dimuat turun melalui App Store dan juga Google Play, turut menyediakan kemudahan mencari koleksi doa, fatwa Perlis dan arah kiblat. – BERNAMA

Tags: aplikasiPerlisTuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Persoal Mengapa Projek Aplikasi TuJu Tanpa Proses Tender Terbuka – Guan Eng

Rakyat Persoal Mengapa Projek Aplikasi TuJu Tanpa Proses Tender Terbuka – Guan Eng

26/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menggesa kerajaan melaksanakan tender terbuka bagi membangunkan aplikasi navigasi jalan raya...

PMX Anwar Tidak Tolak Kemungkinan Kerajaan Haramkan Sepenuhnya Waze, Mohon Maaf Kelemahan Aplikasi TuJu

PMX Anwar Tidak Tolak Kemungkinan Kerajaan Haramkan Sepenuhnya Waze, Mohon Maaf Kelemahan Aplikasi TuJu

23/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf kepada orang ramai yang berdepan pelbagai masalah menggunakan aplikasi navigasi TuJu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd