• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesawat Indonesia Bawa 146 Penumpang Terbabas

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBUAH pesawat Boeing yang dikendalikan syarikat domestik Sriwijaya Air terbabas dari landasan di Lapangan Terbang Bandaraya Rendani, Manokwari, Wilayah Papua, pagi tadi.

Kompas.com melaporkan jurucakap Kementerian Pengangkutan, J. Adravida Barata berkata, pesawat Indonesia yang membawa 146 penumpang terbabas dari landasan basah di lapangan terbang tersebut kira-kira jam 8.51 pagi (waktu tempatan).

Bagaimanapun, tiada mangsa yang cedera dalam insiden tersebut.

Pegawai perhubungan PT Sriwijaya Air Group, Agus Soedjono berkata, pesawat tergelincir ketika melakukan pendaratan susulan hujan lebat dan landasan licin.

Menurutnya, juruterbang menjalankan tugas dengan baik bagi memastikan semua penumpang dikeluarkan dengan selamat.

Jelasnya, landasan kapal terbang ditutup sementara waktu sehingga usaha membawa keluar semua mangsa selesai.

Febuari lalu, pesawat Sriwijaya yang membawa 192 penumpang dari China ke Bali terpaksa berpatah balik selepas kru menyedari satu daripada pintunya tidak ditutup dengan sempurna.

Bulan sama, pesawat penumpang syarikat kebangsaan, Garuda terbabas ketika mendarat di lapangan terbang di Yogjakarta dalam hujan lebat. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Indonesiapesawatterbabas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Ambil Kesempatan Kaitkan JCorp Dengan Kebakaran Hutan Indonesia

Jangan Ambil Kesempatan Kaitkan JCorp Dengan Kebakaran Hutan Indonesia

29/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan dakwaan yang mengaitkan Johor Corporation (JCorp) dengan kejadian kebakaran...

Kementerian Haji Indonesia Gesa 70,000 Jemaah Umrah Elak Penerbangan Transit Di Malaysia Dan Singapura

Kementerian Haji Indonesia Gesa 70,000 Jemaah Umrah Elak Penerbangan Transit Di Malaysia Dan Singapura

27/10/2026
0

Oleh Mynewshub Agensi pelancongan umrah diminta mengutamakan penerbangan terus menerusi Garuda Indonesia dan Lion Air bagi mengelakkan aliran keluar ekonomi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd