Thursday, May 16, 2024

Creating liberating content

Pakatan Harapan Akan Terima...

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan tidak ubah seperti Pakatan Rakyat dan tiada jaminan...

Jangan Halang Pekerja Islam...

SEREMBAN - Majikan di Negeri Sembilan diingatkan supaya tidak menghalang pekerja beragama Islam...

Operasi MRT Fasa Pertama...

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) fasa pertama bagi laluan Sungai...

Tiada Apa Yang Tumbang...

PUTRAJAYA - Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar seakan menoktahkan spekulasi tumbangnya...

Peniaga Ditahan Kes Bunuh Lelaki Kurang Siuman

KUANTAN – Polis menahan seorang lelaki berusia 55 tahun bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki kurang siuman yang dipukul menggunakan besi di Sungai Ruan, Raub yang tular di laman sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Raub, Supt. Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata suspek yang merupakan seorang peniaga ditangkap pada 30 April lalu iaitu pada hari yang sama mangsa yang berusia 45 tahun meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Raub.

Wan Mohd Zahari menambah siasatan mendapati suspek dan mangsa kenal antara satu sama lain sejak 10 tahun lalu dan video berdurasi selama satu minit yang menunjukkan mangsa dipukul dengan dua batang besi itu berlaku di Taman KSM, Sungai Ruan pada 29 April lalu.

“Suspek mengenali mangsa dengan nama Ah Seng dan pada hari kejadian, mangsa memanggil suspek semasa dia melalui hadapan rumah mangsa pada pukul 7.50 malam. Mangsa secara tiba-tiba menyerang dan memukul mangsa dengan menggunakan dua batang besi.

“Suspek dapat merampas dua besi itu, namun mangsa mengambil sebatang besi lain dan kembali memukul suspek. Suspek dipercayai cuba mempertahankan diri dengan memukul mangsa menggunakan besi yang dirampas tadi,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Wan Mohd Zahari menambah siasatan juga mendapati mangsa yang tinggal berseorangan di taman itu kerap menganggu dan memaki suspek serta keluarganya setiap kali mereka melalui hadapan rumah mangsa.

“Kejadian itu menyebabkan suspek cedera di kepala, belakang badan, kedua-dua belah siku dan lutut kanan manakala mangsa cedera di kepala, patah tangan kiri dan patah kedua-dua belah kaki. Kedua-dua mereka menerima rawatan di Hospital Raub,” katanya.


Wan Mohd Zahari menambah suspek ada membuat laporan polis berhubung kejadian itu manakala ibu mangsa yang berusia 75 tahun turut membuat laporan polis pada 30 April, iaitu selepas menerima berita kematian anaknya pada pukul 2 pagi.

Berhubung kewujudan seorang lagi individu yang turut dilihat memukul mangsa dalam video itu, Wan Mohd Zahari berkata identitinya telah disahkan dan tangkapan dijangka dilakukan dalam masa terdekat.

Beliau menambah siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

“Kita juga telah mengesan saksi yang dipercayai merakam dan menyebarkan video itu dan akan memanggilnya bagi meminta penjelasan berkaitan penularan video itu,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • bunuh

Kategori