Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Pakaian, Cium Mulut Nora,...

BAGI yang menyaksikan majlis akad nikah pelakon Nora Danish di ibu negara semalam,...

Stres Melampau, Zayn Malik...

AHLI kumpulan One Direction, Zayn Malik dilaporkan menarik diri daripada menyertai konsert jelajah...

Loya Tekak Tengok Ayam...

HILANG selera makan selepas melihat video yang dikongsi pengguna Facebook, Zuyyin Haiza yang...

Saksikan ‘Live’ 9 Peserta...

DEBARAN semakin terasa apabila sembilan peserta finalis bakal mempersembahkan kepetahan masing-masing dalam pusingan...

Penerbangan: Perak-Sumatera Utara Sedia Bincang

MEDAN (Sumatera Utara) – Kerajaan negeri Perak akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sumatera Utara untuk membuka semula perkhidmatan penerbangan Ipoh-Medan yang dihentikan tahun lepas.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata perbincangan itu dibuat berikutan hasrat Gabenor Sumatera Utara Ir H Tengku Erry Nuradi dan permintaan pelancong khususnya di Medan yang mahu perkhidmatan penerbangan secara terus antara kedua-dua laluan beroperasi semula.

“Kita akan akan terus buat perbincangan, sekiranya semua pihak bersetuju kita akan mengambil pendekatan ini secepat mungkin.

“Prasarana sudah ada dan penerbangan pernah ada…cuma bagaimana kita nak memastikan kedua-dua belah destinasi ini (Ipoh-Medan) mempunyai jumlah penumpang yang cukup,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama pelajar Malaysia di Sumatera Utara bersempena Misi Penggalakan Pelancongan Tahun Melawat Perak di Medan dan Jakarta di sini malam tadi.

​​​​​​​Menurut Zambry, tahun lepas syarikat penerbangan dari Indonesia menamatkan perkhidmatan itu berikutan mengalami kerugian apabila bilangan penumpang yang tidak memberangsangkan bagi satu daripada dua perjalanan.


“Itulah yang menimbulkan masalah bagi syarikat penerbangan kerana mereka memerlukan kedua-dua destinasi (penumpang) untuk membolehkan syarikat berkenaan berniaga kerana mereka memerlukan keuntungan yang cukup bagi kedua-dua pihak,” katanya.

Beliau berkata menerusi pembukaan Movie Animation Park Studios (MAPS) Jun ini, beliau yakin perkhidmatan itu akan beroperasi semula kerana lebih ramai pelancong dalam dan luar termasuk Medan akan berkunjung ke Perak.

MAPS merupakan taman tema berkonsepkan animasi pertama seumpamanya di Asia yang terletak di Ipoh, dibangunkan dengan kos RM450 juta di atas tapak seluas 21 hektar berhampiran Plaza Tol Jelapang.

Ia menawarkan enam zon berbeza untuk dikunjungi iaitu animasi berdasarkan persekitaran fantasi termasuk ‘square’, ‘forest’, ‘blast off’, ‘DreamWorks’ dan tasik. – BERNAMA

Kategori